Selepas keluaran menu baru kolaborasi BTS dan McDonalds iaitu BTS Meal, ramai peminat yang tidak kesempatan untuk membelinya.
Pengeluaran BTS Meal di McDonalds sudah pun berakhir pada 13 Jun 2021 yang lalu.
Memandangkan ramai peminat BTS di Malaysia kecewa kerana tidak berjaya untuk membeli BTS Meal tersebut, ada yang sanggup mencari jalan lain untuk memilikinya.
Oleh sebab itu, ramai orang mengambil kesempatan dengan menjual packaging-packaging BTS Meal tersebut secara online dengan harga yang lebih tinggi dan melampau.
Ramai pengguna di aplikasi jual beli Carousell yang menjual packaging BTS Meal tersebut yang berisi kosong dengan harga yang tidak berpatutan.
Ada juga yang pandai mengambil hati dengan menjual sekali dengan barang-barang BTS yang lain.
Ada juga yang mempunyai idea yang kreatif dimana mereka menjual packaging BTS Meal yang diframekan dengan kemas dan cantik bersama photocard BTS.
Sampai kesitu tahap orang ramai untuk mendapatkan keuntungan.
Korang rasa, elok ke cara macam ni kalau nak berniaga?
Apa pendapat korang? Komen di ruangan bawah!