Lompat Tikam? Nak melompat pun kena tikam ke? Haa mesti anda semua pelik kan kenapa kena tikam, jangan risau bukan kena tikam betul pun. Itu kan nama pencuci mulut. Unik betul namanya, ada sesiapa tahu kenapa namanya macam tu? Tak apa yang tu tolak tepi, sekarang kita nak tahu macam mana nak masak dan hasilkan pencuci mulut yang buatkan lidah anda menari keriangan. Dengan gabungan warna-warni yang menarik, tekstur yang lembut, dan rasa manis lemak yang menggoda; Pencuci mulut ini, bukan sahaja memikat selera, malah mengimbau kenangan zaman kanak-kanak bagi sesetengah kita.
Jom kita semak resepinya:
Bahan-Bahan Lompat Tikam:
Lapisan Hijau:
- 1 cawan tepung beras
- 2 cawan air daun pandan
- 1 sudu besar air kapur
Lapisan Putih:
- 1 kotak santan
- 1 cawan air
- 3 sudu besar tepung beras
- Garam secukup rasa
Pulut Merah:
- 1 cawan beras pulut
- Pewarna merah
- Garam & gula larut secukup rasa
Cara Penyediaan Lompat Tikam:
- 1. Lapisan Hijau: Campur tepung, air pandan, air kapur. Masak hingga pekat, kukus 25 minit.
- 2. Lapisan Putih: Campur santan, air, tepung & garam. Masak hingga berkrim.
- 3. Pulut Merah: Rendam pulut dengan pewarna, kukus 25 minit, gaul garam & gula, sambung kukus 10 minit.
- 4. Campurkan kesemua ini dalam satu bekas mengikut kehendak anda.
- 5. Hidangkan secara sejuk dan tambahkan air gula melaka untuk rasa yang lagi sedap.
Sudah siap dihidang? Biarkan kuih itu melompat ke dalam mulut anda dan ditikam lidah anda sehingga menari keriangan. Selamat mencuba!!
Baca juga artikel:
- 5 Jenis Daun Aromatik yang Mesti Digunakan dalam Masakan untuk Rasa Lebih Lazat.
- Empat Jenis Acar Dalam Malaysia: Rasa Masam, Manis, Dan Pedas Yang Menggoda!
Artikel oleh Syuriana Ibrahim