Siapa pernah makan Mashed Potato Bowl yang dijual di KFC? Sedap sungguh rasanya, kadang-kadang kita terfikir macam mana lah makanan boleh jadi sedap begini. Hidangan yang mengandungi ubi kentang lenyek, dicampur dengan ketulan kecil ayam goreng dan disaluti sos keju yang sedap. Walaupun hanya semangkuk hidangan namun mampu memberikan kekenyangan dan kesenangan di perut kita. Jadi sesiapa yang rindu nak makan Mashed Potato Bowl marilah kita belajar resepinya.
Bahan-bahan
Mashed Potato:
- 3 Biji Kentang
- 3 Sudu Butter
- 1/4 Cawan Susu
- 1/2 Sudu kecil Garam
- 1/2 sudu kecil serbuk lada
- 1/2 sudu kecil parsley
Popcorn Ayam Crispy:
- Isi ayam dipotong dadu.
- Tepung Ayam goreng.
Kuah/ Gravy:
- 3 Sudu Butter
- 3 Sudu kecil tepung gandum
- 1/2 cawan air
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk lada
- 1/2 sudu kecil ‘garlic powder’
- 1/2 tin jagung
- 1/2 sudu kecil stok ayam
- Instant Cheese
Cara-cara
- 1. Cuci dan potong kentang kepada lapan bahagian.
- 2. Rebus kentang dengan air dan garam hingga lembut.
- 3. Lenyekkan kentang dengan garfu dan tambahkan butter.
- 4. Setelah itu tambahkan susu dan perasakan dengan serbuk lada, garam dan parsley.
- 5. Salut ayam dengan tepung goreng dan deep fry selama 5 minit.
- 6. Untuk gravy, cairkan butter dan tambahkan tepung.
- 7. Tambah air,garam,garlic powder,stok ayam,serbuk lada.
- 8. Kemudian gaulkan jagung dengan butter dan kacau sehingga rata.
- 9. Seterusnya, ambil mangkuk masukkan mashed potato, ayam crispy dan gravy.
- 10. Akhir sekali siramkan sos keju diatas mashed potato tadi. Siap!!!
Ermmm, nampak lazat! Selamat mencuba.
Baca juga artikel:
Artikel oleh Syuriana Ibrahim