Resepi Nasi Ambeng Tradisi Masyarakat Jawa Yang Mudah!

You are currently viewing Resepi Nasi Ambeng Tradisi Masyarakat Jawa Yang Mudah!

Nasi ambeng adalah makanan tradisi masyarakat Jawa yang dihidangkan ketika majlis kenduri dan biasanya mempunyai 10 jenis lauk-pauk untuk nasi ini. Juadah dari Jawa Timur ini juga dipanggil sebagai “nasi berkat” sekiranya dibawa pulang ke rumah kerana doa-doa yang dibacakan dalam majlis kenduri yang dihadiri.

Jom kita tengok resepi nasi ambeng ni kat bawah. Yang penting, nasi putih dimasak seperti biasa ya!

nasi ambeng

Bahan-bahan (Sayur Jawa):

  • 3 peket soun + pucuk
  • 1 labu bawang besar, dihiris
  • 5 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 inci halia, dihiris
  • Kacang panjang atau buncis, dipotong serong
  • 2 peket tempe
  • 3 biji ubi kentang, dipotong kecil dan nipis
  • 10 tangkai cili kering, direndam dalam air panas
  • 1/2 cawan udang, direndam dan di-blend halus
  • Santan kelapa

Bahan-bahan (Sambal Kelapa):

  • 1 biji kelapa parut
  • 2 biji bawang besar
  • 3 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan udang kering, direndam dalam air
  • 1 sudu jintan manis
  • 2 sudu biji ketumbar
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu gula
  • Garam
  • Ajinomoto

Bahan-bahan (Ayam Kicap):

  • 1 ekor ayam
  • 2 labu bawang besar, belah 4 tanpa putus
  • 2 cawan cili mesin
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 4 sudu sos tiram
  • Kicap manis
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)

Bahan-bahan (Mee Goreng):

  • 1 peket mee
  • 1 labu bawang besar, dihiris
  • 5 ulas bawang putih, dihiris
  • 2 sudu cili mesin
  • 1/4 cawan sos tiram
  • 1/4 cawan sos cili
  • Kicap
  • Ayam
  • Sawi

Cara Penyediaan (Sayur Jawa):

  • 1. Rendam soun.
  • 2. Goreng pucuk hingga garing. Kemudian, masukkan pucuk yang telah digoreng ke dalam air dan ramas hingga hancur.
  • 3. Goreng kacang panjang, ubi kentang, dan tempe.
  • 4. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kering dan udang kering.
  • 5. Kemudian, masukkan semua bahan sayur. Tuangkan santan mengikut kebasahan sayur Jawa. Sesuaikan rasa dengan garam dan aji.

Cara Penyediaan (Sambal Kelapa):

  • 1. Kisar semua bahan kecuali kelapa hingga halus.
  • 2. Sangai kelapa hingga ringan dalam kuali dan ketepikan.
  • 3. Tumis bahan yang telah diblend dengan 1/2 cawan minyak. Tumis hingga garing dan naik bau.
  • 4. Masukkan gula, garam, dan aji. Kemudian, masukkan kelapa yang telah disangai tadi. Gaul rata dan masak sebentar.

Cara Penyediaan (Ayam Kicap):

  • 1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam hingga garing.
  • 2. Goreng bawang besar hingga layu.
  • 3. Tumis bawang putih hingga garing.
  • 4. Masukkan cili mesin dan masak hingga garing.
  • 5. Masukkan sos tiram dan lada putih. Terakhir, masukkan bawang besar yang telah digoreng tadi.
ayam kicap

Cara Penyediaan (Mee Goreng):

  • 1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing.
  • 2. Masukkan cili mesin dan masak hingga garing.
  • 3. Masukkan sos cili dan sos tiram.
  • 4. Masukkan mee dan kicap mengikut tahap kehitaman mee. Tambahkan air mengikut kekembangan mee.
  • 5. Sesuaikan rasa dengan sedikit gula, aji, dan garam. Akhir sekali, masukkan sawi.
mee goreng

Selamat mencuba semua!

Baca juga artikel: Keunikan Nasi Ambeng “Nasi Berkat”

Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.

Leave a Reply