Menu Baharu Ultimeat Mycoprotein di Restoran Nimbus

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden / News
  • Reading time:6 mins read
You are currently viewing Menu Baharu Ultimeat Mycoprotein di Restoran Nimbus

Ultimeat, perintis dalam penyelesaian makanan mampan, dengan bangganya mengumumkan pelancaran revolusi Ultimeat Mycoprotein di Restoran Nimbus, Selangor. Selaras dengan Hari Bumi Sedunia pada 22 April 2024, pelancaran ini menandakan detik penting dalam perjuangan berterusan menentang perubahan iklim dan mempromosikan sistem makanan yang mampan.

Kerjasama antara Ultimeat dan Restorant Nimbus

ultimeat mycoprotein
Dari kiri ke kanan – Sam Kin Kit (Bioengineering Manager – Ultimeat), Estella Goh (Operations Manager – Ultimeat), Melissa Ong (Group Chief Officer – Impact Circle), Edwin Lee (Founder & CEO – Ultimeat), Dr. Yu-Wei Lin (CTO in Bioengeering – Ultimeat).

Dengan usaha ini, Ultimeat telah bekerjasama dengan Restoran Nimbus. Restoran ini terkenal dengan kecemerlangan kulinari dan komitmen terhadap kemampanan – untuk melancarkan menu eksklusif, yang menampilkan Ultimeat Mycoprotein. Dilancarkan setiap minggu dari 15 April hingga 15 Mei 2024, menu ini mempamerkan kepelbagaian dan potensi masakan mycoprotein, menandakan kemunculannya di Malaysia.

ceo ultimeat
Edwin Lee, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Ultimeat

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan mycoprotein kepada pengguna Malaysia,” kata Edwin Lee, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Ultimeat. “Pelancaran ini mencerminkan dedikasi kami untuk memperjuangkan pilihan makanan yang mampan dan berkhasiat sambil mempromosikan kelestarian alam sekitar. Melalui perkongsian kami dengan Restoran Nimbus, kami berhasrat untuk menyerlahkan bagaimana mycoprotein boleh menjadi tumpuan atau elemen utama kepada pelbagai jenis hidangan lazat dan mesra alam.”

chef restoran nimbus
Fred Choong, Chef dan Pemilik Restoran Nimbus

“Restoran Nimbus sentiasa berada di barisan hadapan dalam inovasi masakan, dan perkongsian kami dengan Ultimeat mengukuhkan lagi status ini,” tambah Fred Choong, Chef dan Pemilik Restoran Nimbus. “Dengan memasukkan mycoprotein ke dalam menu kami, kami bukan sahaja menawarkan pelanggan kami dengan kenikmatan seperti berada di masa hadapan. Tapi, kami juga menunjukkan bagaimana pilihan makanan yang sihat boleh disepadukan dengan lancar ke dalam pengambilan harian tanpa menjejaskan rasa. Pengambilan mycoprotein adalah baik untuk kedua-dua citarasa dan kesejahteraan hidup kita.”

Menu Khas Berasaskan Ultimeat Mycoprotein

pineapple granita
Pineapple Granita
king osyter mushrooms
King Oyster Mushrooms
smoked mycoprotein risotto
Smoked Mycoprotein Risotto

Berikut adalah menu eksklusif menjanjikan pelbagai hidangan yang menampilkan mycoprotein sebagai ramuan utama. Ini termasuklah King Oyster Mushroom, dengan sentuhan Thai emulsi tom kha. Yang kedua adalah Smoked Mycoprotein Risotto. Menu ini dihidangkan dengan tomato kering dan caper yang memberikan rasa masam dan masin kepada menu tersebut. Pencuci mulut turut disediakan dalam bentuk Coklat & Hazelnut. Dibuat menggunakan kedua-dua mycoprotein tuile yang halus dan mycoprotein chocolate feuilletine yang rangup.

Akhir kata, Ultimeat dan Restoran Nimbus menjemput orang Malaysia untuk menyertai mereka dari 15 April hingga 15 Mei 2024 ini. Kemunculan utama ciptaan masakan yang diselitkan mycoprotein ini akan menjadi tumpuan dalam meraikan Hari Bumi Sedunia. Bersama-sama, kita semua boleh berusaha untuk membuka jalan ke arah masa hadapan yang lebih hijau dan mampan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ultimeat dan rangkaian produk inovatif mereka, sila lawati website dan Facebook Ultimeat.

Lokasi Restoran Nimbus:

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/uH3DFxTrrzRp59Cr9

📍Alamat: No 72G, Jalan SS 21/62, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

☎️Phone: 014 968 8748

📲Instagram: https://www.instagram.com/nimbus.restaurant

Klik sini untuk baca artikel sebelum ini.

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply