Hai, semua! Siapa suka makanan manis, terutama sekali kek? Min memang suka makan dan buat kek. Tak kisah la apa-apa jenis kek sekalipun, boleh kata majoriti kek min boleh buat dan makan. Kebetulan kalini KA kongsikan pula resepi kek kegemaran min iaitu Kek Marble.
Cara-cara nak buat kek ni sebenarnya mudah je, hanya langkah yang berulang. Sedap dimakan begitu saja ataupun dicicah dengan air kopi, teh atau coklat. Jom kita semak resepi Kek Marble ni kat bawah.
MENU: KEK MARBLE
Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak: 50 minit
Jumlah hidangan: 5-6 orang
Bahan-bahan:
- 250g margerin/ butter
- 200g gula kastor
- 5 biji telur
- 70g santan
- 40g whipping cream
- 1 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu kecil esen vanila
- 250g tepung naik sendiri (self-raising flour)
- Garam
- 2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara:
- 1. Mula-mula sekali, pukul 250g margerin atau butter sehingga lembut. Kemudian, masukkan 200g gula kastor dan pukul lagi sehingga sebati.
- 2. Masukkan 5 biji telur satu persatu dan sambung pukul. Kemudian, masukkan santan, 40g whipping cream, susu pekat manis dan esen vanila. Gaul sehingga sebati. Teksturnya memang akan berketul sedikit tapi jangan risau.
- 3. Selepas itu, masukkan 250g tepung naik sendiri. Pastikan diayak terlebih dahulu. Lalu, masukkan secubit garam ke dalam adunan. Kacau lagi sehingga rata.
- 4. Seterusnya, ambil 1/3 daripada doh tadi dan asingkan di dalam mangkuk yang berlainan. Ayak 2 sudu besar serbuk koko ke dalam 1/3 adunan tersebut.
- 5. Apabila kedua-dua adunan sudah siap, bolehlah teruskan ke proses ‘layering’. Mula dengan meletakkan adunan berwarna kuning di dalam tray, kemudian lapisan kedua pula ialah adunan koko. Ulang langkah yang sama mengikut kesesuaian cita rasa korang.
- 6. Akhir sekali, bakar kek tersebut di dalam oven pada suhu 170°C selama 50 minit. Apabila siap, bolehlah dipotong dan dihidang!
Selamat mencuba! Kalau korang nak semak resepi-resepi pencuci mulut untuk menu hari raya atau rumah terbuka nanti, boleh tengok artikel-artikel kat bawah ni tau!
Video penuh dari Tiktok KA: Resepi Kek Marble