Bismillah! Daging Masak Merah ni adalah menu yang mudah dan digemari orang ramai. Tapi resepi ni kita buat ala-ala kedai Tomyam Thai. Biasa kita lihat daging yang dimasak berwarna merah menyala kan. Nak tahu macam mana resepi daging merah yang dijual di kedai tomyam? Jom tengok resepi ni!
MENU: DAGING MASAK MERAH
Bahan-bahan:
- 1kg daging yang telah direbus
- Sedikit pewarna merah
- 4 ulas bawang putih
- 3 sudu besar cili boh
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos labu Thai
- 1 sudu kecil garam
- 1 biji bawang holland
- Cili padi
- Cili hidup
- Air rebusan daging
Cara-cara:
1. Pertama sekali, pastikan 1kg daging direbus dahulu hingga empuk dan simpan air rebusan daging.
2. Letakkan daging di dalam mangkuk besar dan tuang sedikit pewarna merah ke dalamnya. Gaul sehingga sekata.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan 4 ulas bawang putih. Kacau sekejap sehingga sedikit keperangan.
4. Setelah bawang bertukar sedikit perang, masukkan 3 sudu besar cili boh dan 1 sudu besar sos tiram.
5. Masukkan juga 1 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos labu Thai dan 1 sudu kecil garam. Gaul rata.
6. Masukkan daging yang telah direbus dan digaul dengan pewarna merah ke dalam kuali. Gaul sebati.
7. Setelah daging digaul dengan rata, masukkan 1 biji bawang holland yang dipotong bulat. Campurkan sekali cili padi dan cili hidup yang telah dihiris.
8. Tuangkan air rebusan daging supaya lauk tidak terlalu kering. Sukatan air boleh mengikut citarasa masing-masing. Gaul rata dan masukkan hirisan daun bawang.
9. Siap dan boleh dihidang untuk diri sendiri mahupun seisi keluarga.
Sedap lauk ni. Lepas ni tak perlu pergi kedai tomyam dah. Korang boleh masak sendiri je. Bahan-bahan pun mudah nak cari. Nak mantapkan lagi menu berbuka korang, apa kata cuba buat Sunquick Laici ni. Min juga ada sediakan menu daging yang lain tau. Klik sini je.
Video Penuh: Daging Masak Merah
Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor