Bismillah! Kali ini min bawakan resepi kegemaran para ibu iaitu ayam percik. Resipi ni pasti sedap kerana proses memasak ayam adalah secara 2 kali. Nak tahu macam mana? Scroll kat bawah ni tau!
MENU: AYAM PERCIK SERI MENANTI
Bahan-bahan:
Bahan perapan ayam:
- 2 biji bawang besar
- 1 batang serai
- 4 ulas bawang putih
- 2 biji halia
- Air
- 1 sudu kecil garam
- Ayam
Kuah ayam percik:
- 3 tangkai cili kering
- 1 biji halia
- 2 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 5 batang serai
- Air
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 keping asam keping
- 50g gula melaka
- 1 sudu besar kerisik
- 1/2 tin susu cair
- Ayam yang telah diperap
Cara-cara:
1. Untuk bahan perapan ayam, kisarkan 2 biji bawang besar, 1 batang serai, 4 ulas bawang putih, 2 biji halia dan sedikit air. Kisar sehingga halus.
2. Boleh masukkan dengan ayam di dalam mangkuk besar. Letakkan 1 sudu kecil garam. Gaul sebati dan perap ayam selama 1 jam.
3. Untuk kuah ayam percik, kisarkan 3 tangkai cili kering, 1 biji halia, 2 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih 5 batang serai dan sedikit air. Kisar sehingga halus.
4. Panaskan minyak di dalam kuali. Bila minyak sudah panas, tuangkan bahan kisar tadi dan masak sehingga pecah minyak.
5. Selepas itu, masukkan 1/2 sudu kecil garam, 1 keping asam keping, 50g gula melaka dan 1 sudu besar kerisik. Gaul sekejap.
6. Sebagai pengganti santan, gunakan susu cair untuk dapatkan rasa kuah yang berlemak dan berkrim. Masukkan dalam 1/2 tin susu cair. Kacau sehingga sebati.
7. Kemudian, masukkan ayam yang telah diperap tadi satu per satu. Terbalikkan ayam dan masak sehingga separuh empuk sahaja.
8. Angkat ayam dan letak di dalam air fryer untuk bakar dengan suhu 160°C selama 20 minit. Siramkan sedikit kuah di atasnya. Lebihan kuah yang dimasak boleh diketepikan buat sementara.
9. Setelah ayam sudah masak dan menjadi garing seperti ini, angkat dan susun di atas pinggan.
10. Siramkan kuah yang telah dimasak tadi di atas ayam yang telah dibakar.
11. Siap untuk dihidang.
Macam mana korang? Agak-agak boleh buat tak? Senang je kan bila ada air fryer di rumah. Tak perlu bakar ayam guna arang seperti di pasar malam. Terus masuk dan tunggu siap dibakar sahaja. Untuk lihat resepi ayam yang lain, boleh klik Ayam Kam Heong dan Ayam Cili Padi. Selamat menjamu selera!
Video Penuh: Ayam Percik Seri Menanti
Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor