30 Hari 30 Resepi by Khairul Aming: Frozen Yogurt Bar

You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi by Khairul Aming: Frozen Yogurt Bar

Hai hai! So harini min nak kongsikan satu lagi resepi kudap-kudapan atau pencuci mulut yang korang boleh cuba buat sendiri kat rumah. Resepi ni diperbuat daripada yogurt tau. So dia macam ada vibe-vibe llao llao sikit. Bila makan tu rasa segar dan sihat je sebab bahan-bahan dia memang bagus untuk korang yang nak diet sihat ataupun nak kurangkan berat badan.

Tapi sebelum tu, korang dah semak resepi Ayam Ros & Kacang Buncis Goreng Telur yang KA buat sebelum ni? Kalau belum dan nak cuba buat, boleh semak terus kat sini tau! Ok, sekarang jom kita tengok resepi Frozen Yogurt Bar kat bawah.

MENU: FROZEN YOGURT BAR

Masa penyediaan: 10 minit
Jumlah hidangan: 3-4 orang

Bahan-bahan:

  • 1 bekas besar yogurt berperisa/ original
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • Topping buah-buahan (strawberi, bluberi, mangga, etc.)
  • Topping granola, kekacang atau oat
  • Topping sos (hazelnut, pistachio, coklat, etc.)

Cara-cara:

  • 1. Pertama sekali, campurkan dan gaul sebati 3 sudu besar susu pekat manis ke dalam bekas yogurt. Kemudian, tuang yogurt ke atas dulang yang sudah dialas dengan baking paper dan ratakan. Tapi pastikan jangan terlalu nipis supaya bila dipotong nanti bentuknya cantik dan tebal seperti snek bar.
  • 2. Selepas itu, tambahkan topping yang disukai seperti buah-buahan, kekacang atau oat.
  • 3. Seterusnya, tambahkan juga topping sos kesukaan korang. Contohnya, sos hazelnut, pistachio, coklat, karamel dan sebagainya.
  • 4. Akhir sekali, bekukan di dalam peti sejuk selama 3 jam. Setelah itu, bolehlah dipotong-potong dan siap untuk dihidang!

Best kan resepi kalini? Senang je nak buat dia. Tak perlu masak atau bakar pun. Biar je dalam peti sejuk beku dan lepastu boleh terus makan. Min tulis artikel ni sambil telan-telan air liur membayangkan kesejukan yogurt bar tu lalu kat tekak waktu berbuka nanti hahah. Korang patut cuba tau. Rugi kalau tak! Selamat berbuka puasa dan selamat mencuba!

Video penuh dari Tiktok KA: Resepi Frozen Yogurt Bar

Leave a Reply