30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Air Tiga Benua

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Air Tiga Benua

Bismillah! Salam Tiga benua dan kembali dalam episod ramadan ke-16. Min tahu semua tengah rasa dahaga kan sekarang. Mungkin sebab itulah bermacam-macam nama air unik yang keluar. Contohnya macam air kat bawah ni. Agak-agaknya kenapa bukan 7 benua ya? Jom tengok resepi ni!

MENU: AIR TIGA BENUA

air tiga benua

Bahan-bahan:

  • Ais
  • 2 botol kecil Sprite
  • 1 tin buah laici
  • 1 tin koktail buah
  • 1/2 tin susu cair

Cara-cara:

sprite

1. Masukkan ais yang banyak ke dalam jag air. Kemudian, tuangkan 2 botol kecil Sprite ke dalamnya.

1 tin laici

2. Terus masukkan 1 tin buah laici.

1 tin koktail buah

3. Masukkan juga 1 tin koktail buah.

1/2 tin susu cair

4. Untuk bahan terakhir, gunakan 1/2 tin susu cair.

air tiga benua

5. Kacau rata dan siap!

Tersangatlah mudah untuk korang buat air ni. 5 bahan dan 5 langkah. Campak-campak dan kacau sahaja. Tak perlu panaskan air di atas dapur macam resepi Teh Paling Ketagih ni kan. Yang ini, tup tup dah siap. Tekak pun rasa lega dapat hirup air yang menyegarkan ni. Nanti buat untuk berbuka puasa tau. Nak guna resepi ni untuk majlis rumah terbuka pun cun juga kan!

Video penuh: Air Tiga Benua

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply