30 Hari 30 Resepi by Khairul Aming: Gulai Ikan Kelantan

You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi by Khairul Aming: Gulai Ikan Kelantan

Hai semua! Korang dah semak resepi Ayam Goreng ala Raising Cane’s yang kita post sebelum ni? Sangat mudah tau resepi tu! So disebabkan sebelum ni kita kongsikan resepi barat, kalini kita kongsikan pula resepi dari Pantai Timur Malaysia iaitu resepi Gulai Ikan Kelantan.

Bak kata KA, gulai ikan ni sangat sedap dan terkenal di negeri Kelantan tau. Biasanya warga sana jadikan menu ni sebagai menu wajib sebagai sarapan mereka. Nak cuba buat? Jom kita semak resepinya kat bawah ni!

MENU: GULAI IKAN KELANTAN

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 15 minit
Jumlah hidangan: 3-4 orang

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan tongkol
  • 3 asam keping
  • 2 bawang besar
  • 6 cili padi hijau
  • 3 kunyit hidup
  • 5 ulas bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Cili kisar
  • 1 kotak kecil santan
  • Lada solok
  • Timun
  • Kacang panjang
  • Cili padi merah

Cara-cara:

rebus ikan
  • 1. Pertama sekali, rebus 2 ekor ikan tongkol yang sudah dipotong-potong bersama 3 asam keping.
bahan kisar
  • 2. Kemudian, kisar sehingga lumat 2 bawang besar, 6 cili padi hijau, 3 kunyit hidup, 5 ulas bawang putih, halia dan lengkuas sebesar ibu jari.
tumisan bersama cili kering
  • 3. Seterusnya, tumiskan semua bahan-bahan kisar di atas bersama 1 sudu cili kisar sehingga sedikit garing.
  • 4. Masukkan 1 kotak santan kecil, tambahkan ikan yang sudah direbus tadi dan sedikit air rebusan ikan.
tambah bahan perasa secukupnya
  • 5. Tambahkan perasa seperti gula dan garam secukupnya. Kemudian, tambahkan juga asam keping ke dalam kuah.
  • 6. Masukkan lada, timun, kacang panjang dan beberapa cili padi merah untuk menaikkan warna. Kacau dan biarkan seketika sehingga kuah mendidih dan ianya siap untuk dihidang!

Video penuh dari Tiktok KA: Resepi Gulai Ikan Kelantan

Leave a Reply