Hi, semua! So harini min nak share next resepi dari KA yang korang boleh buat dengan menggunakan bahan-bahan yang biasanya ada kat rumah je. Menu kalini pun mudah nak dibuat, tapi ada kelainan sikit dari teknik memasaknya. Biasa ikan bakar kita bakar atas pan atau atas bara api kan? Tapi disebabkan sekarang pun zaman dah semakin canggih dan moden, KA gunakan alternatif lain yang lebih kemas, senang dan tak perlu kita susah-susah nak pusing-pusing ikan.
Guna je air fryer!
Ha meh sini jom semak resepi Ikan Bakar Air Fryer versi KA kat bawah!
MENU: IKAN BAKAR AIR FRYER
Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 25-30 minit
Jumlah hidangan: 2-4 orang
Bahan-bahan (bahan kisar dan tumisan):
- 2 biji bawang merah
- Lengkuas
- Halia
- 6 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- Seketul belacan yang dah dibakar
- Pes cili kering
- Pes tomyum
- 2 helai daun pandan
- Gula melaka
- Air asam jawa
- Garam
Bahan-bahan (sos pencicah):
- 1/2 bawang merah (potong dadu)
- 1 ulas bawang putih (dicincang kasar)
- 5 biji cili padi (dipotong)
- 2 biji limau kasturi
- Kicap manis
Cara-cara:
- 1. Mula-mula sekali, kita perlukan 2 biji bawang merah saiz besar, lengkuas dan halia sebesar ibu jari, 6 ulas bawang putih, 2 batang serai dan seketul belacan yang dah siap dibakar. Kisar semua bahan-bahan ni sehingga lumat.
- 2. Kemudian, dalam kuali berisi minyak yang panas, tuangkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
- 3. Apabila bahan tumis dah naik bau, masukkan satu sudu besar pes cili kering dan kacau sehingga rata.
- 4. Selepas pecah minyak, masukkan pula 2 sudu besar gula melaka dan 2 helai daun pandan dan kacau lagi sehingga rata.
- 5. Kemudian, KA masukkan 2 sudu besar pes tomyum sebagai bahan rahsia dan sedikit air asam jawa untuk menambah lagi kesedapan dalam resepi ni. Selepas dikacau beberapa minit, bolehlah tutup api dan biarkan sebentar.
- 6. Sementara itu, ambil sekeping aluminium foil dan daun pisang untuk dijadikan alas ikan nanti. Lipat-lipat bahagian tepi supaya perencah ikan nanti tak tumpah bila dibakar. Sapukan sedikit minyak atas daun pisang tersebut sebelum tuangkan sedikit demi sedikit perencah yang sudah ditumis wangi sebentar tadi.
- 7. Di dalam dulang yang berasingan, taburkan secubit garam atas 2 ekor ikan siakap yang sudah dipotong 2 dan ratakan ke seluruh permukaan ikan. Kemudian, letakkan ikan di atas perencah yang sudah diletak atas daun pisang sebelum dilumur lagi dengan baki perencah yang ada.
- 8. Setelah siap, masukkan ikan tersebut di dalam air fryer dan bakar selama 18 minit pada suhu 200°C.
- 9. Sementara menunggu ikan siap dibakar, teruskan dengan sos pencicah ikan bakar. Potong 1/2 bawang merah secara dadu, 5 biji cili padi dan cincang kasar 1 ulas bawang putih. Masukkan ke dalam mangkuk. Akhir sekali, tuangkan kicap manis dan perahkan 2 biji limau kasturi. Gaul rata.
- 10. Apabila ikan sudah siap dibakar, bolehlah dihidangkan dan dinikmati bersama seisi keluarga!
So macam mana korang? Resepi ni berjaya buat kecur liur tak di bulan Ramadhan ni? Min sendiri sambil tulis resepi sambil telan air liur ni hehe. Bagi penggemar ikan bakar macam min, menu ni sangatlah sesuai untuk dimakan begitu saja ataupun makan dengan nasi putih panas-panas! Pergh terangkat!
Kalau korang nak tengok video resepi KA, boleh tengok kat sini tau! Selamat mencuba semua!