Setiap kali musim perayaan Aidilfitri tiba, meja tidak akan sempurna tanpa hidangan biskut raya. Tidak kisah lah biskut itu tradisional mahupun moden. Yang penting, biskut raya wajib ada di atas meja.
Salam Ramadan dan hai semua! Harini Min nak kongsikan 10 jenis biskut raya trendy yang korang boleh cuba sendiri di rumah ataupun beli di luar. Jemput baca ya!
1. Almond London Matcha
Matcha? Almond London?
Hai Matcha lovers. Korang mesti tahu Almond London Matcha dah jadi tumpuan untuk biskut raya tahun 2024 ni. Amboi, semua makanan nak di’matcha’ kan. Sama lah macam trend letak cheese sana situ sini. Trend matcha ni timbul kerana adanya ramai peminat Matcha di Malaysia ni.
Bila dah viral, senang la korang nak beli untuk raya nanti kan. Rasa dia tak pahit pun. Rasa sedap macam KitKat perisa matcha tu. Sedap dan crunchy! Kalau korang belum jumpa Almond London Matcha ni, korang boleh beli dengan penjual biskut di media sosial Twitter/X dan TikTok tau! Yang penting, kene order awal! Min risau korang berebut je nanti.
Sumber: Twitter/X
2. Biskut Pod Coklat
Rangup di gigi, cair di mulut.
Ini lah namanya biskut pod coklat! Bagi penggemar coklat yang lembut dan tidak keras, korang memang kena cuba biskut pod coklat tahun ni.
Biskut Pod coklat ni juga menjadi kegemaran kanak-kanak kerana isinya yang mewah dengan coklat. Kalau korang nak cuba buat di rumah, isi coklat di tengah tu berkemungkinan akan keras sepenuhnya. Kenapa? Kerana penggunaan coklat yang berbeza. Korang nak Min share rahsia tak? Rahsia untuk mengekalkan kelembutan coklat di bahagian tengah pod. Sebelum tu, korang kena baca dulu sampai habis tau!
Sumber: CakesCrush
3. Biskut Mentega Biscoff
Sedapnya Biscoff!
Pernah dengar Biscoff cheesecake? Haa.. tapi yang Min nak tunjuk ni bukan kek. Campuran biskut dan kopi yang dikenali sebagai Biscoff ni tidak hanya sedap dibuat kek, tapi juga memberikan rasa yang lazat apabila digunakan di dalam biskut raya.
Biscoff ni adalah salah satu perisa yang menjadi kegilaan ramai di Malaysia. Kewujudan perisa ini di dalam biskut raya menjadikan tekstur biskut lebih rangup dan berkrim. Mestilah ramai yang suka!
Sumber: Freepik
4. Sea Salt Belgium
Biskut dari Belgium? atau nama lainnya, Sea Salt Callebaut.
Pernah viral suatu ketika dahulu, rasanya pada tahun 2021. Biskut yang mengandungi coklat Belgium ini sangat terkenal dengan rasa yang seimbang dengan adanya garam laut yang ditabur di atas permukaan biskut.
Kemanisan adunan biskut bersama-sama dengan kepahitan coklat Belgium dan garam laut yang sedikit masin dapat menghasilkan rasa yang seimbang. Memang ngam lah rasa biskut ni!
Sumber: RumahKueh Kak Zu
5. Biskut Coklat Cip ala Famous Amos
Lebih Cip! Lebih Ceria!
Eh ni bukan iklan Chipsmore. Apapun, korang mesti kenal kan rupa biskut ni? Tiap kali lalu kedai Famous Amos, mesti korang akan dapat hidu bau wangi biskut yang dibakar segar setiap hari. Memang terngiang-ngiang di kepala.
Nak cuba buat di rumah tak? Korang boleh ikut resepi Che Nom tau. Nanti budak-budak mesti suka tengok biskut ni pada waktu raya nanti. Pastikan buat lebih untuk dikongsikan bersama!
Sumber: Resepi Che Nom
6. Biskut Florentine
Biskut sihat?
Mestilah sihat. Kan ada banyak jenis kekacang dalam satu biskut. Sebelum ni, Min banyak kongsi biskut yang ada coklat je kan.
Yang penting, resipi untuk buat ni sangatlah simple dan senang je tau. Korang beli je tepung florentine yang dijual di kedai bakeri. Lepas balik rumah je kacau-kacau terus bakar. Haa kan dah siap!
Sumber: MyBakingMart
7. Swiss Tart Hazelnut
Gebu dan rangup!
Orang lain dah mula buat biskut raya. Korang je ke yang belum lagi? Kalau dah, bagus. Kalau belum, Min cabar korang buat biskut Swiss Tart Hazelnut ni.
Senang je, tak perlu guna mixer pun. Bahan-bahan yang digunakan pun simple juga, tapi rupa biskut ni nampak eksklusif kan! Janji sedap.
Sumber: Twitter/X
8. Biskut Almond Cluster
Biskut 2 bahan je?
Ya, betul. Biskut Almond Cluster ni lah biskut paling senang dan simple untuk korang buat di rumah. Hanya perlukan badam dan coklat. Tak perlukan banyak bahan pun untuk buat biskut raya. Korang buat je biskut ni. Orang yang datang ke rumah mesti tak henti makan sebab sedap!
Sedap sebab apa? Sebab kerangupan badam yang disalut dengan coklat yang mewah. Dah la simple, sedap pula tu. Boleh buat orang ketagih!
Sumber: Carousell
9. Biskut Brownies
Bukan brownies!
Haa.. ni bukan brownies tau korang. Ini namanya biskut brownies. Lain tau. Sedapnya biskut ni. Ini kalau korang cuba sekali pasti nak lagi. Min tahu ramai peminat brownies di Malaysia ni. Tapi kalau buat biskut lagi sedap! Lagi tahan lama berbanding brownies kan.
Nak buat biskut brownies ni kena banyak bersabar. Tapi kalau korang dah pro, nanti ajak Min beraya di rumah sekali ya!
Sumber: Iluminasi
10. Snow Almond
Biskut pun ada salji?
Korang yang belum pernah merasai salji di luar negara, boleh lah cuba Snow Almond ni. Ini kan salji juga, tapi saljinya masuk ke dalam perut lah.
Selain daripada biskut Almond London yang sudah begitu terkenal pada musim raya, biskut Snow Almond ni tidak mengikut musim ya. Bila-bila pun ada. Bila-bila pun boleh jumpa. Korang mesti ada skill mencari je. Kalau rasa mahal, korang boleh je buat sendiri. Min percaya korang boleh!
Sumber: Carousell
Jangan risau, Min tak lupa janji kita. Ini lah rahsia untuk mengekalkan kelembutan coklat di bahagian tengah pod tu.
Selamat Mencuba!
Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor