Rasai Keunikan Menu Udon Di Team Udon

You are currently viewing Rasai Keunikan Menu Udon Di Team Udon

Kebiasaannya, bila becakap pasal udon, kita akan membayangkan hidangan mi tebal dan sup. Hari ni min nak membawa korang ke Team Udon di mana menu hidangan udon dihidangkan dengan keunikan yang pelbagai dan menepati cita rasa makanan di Malayssia.

Terletak di Jalan HS Lee, City Centre Kuala Lumpur, Team Udon menjanjikan pengalaman makan udon yang rasanya lebih unik dan lain daripada yang lain. Dengan kedai yang berkonsepkan kesejukan peti sejuk, dekorasi serta reka bentuk dalaman restoran ini sangat bersih dan sejuk. Memang sesuai lebih – lebih lagi ketika waktu tengah hari yang panas terik.

Reka Bentuk Dalaman Team Udon
Reka Bentuk Dalaman Team Udon
Reka Bentuk Dalaman Team Udon
Reka Bentuk Dalaman Team Udon

Harga hidangan di Team Udon juga amatlah berpatutan dengan jurang harga yang murah bermula dari RM10.80 korang boleh menikmati menu udon yang berkualiti dan sedap.

Menu

Buttermilk Udon

Menu udon yang dihidangkan dengan kuah buttermilk, rempah karage dan spring onion. Peminat buttermilk pasti akan tertarik dengan menu ini dan korang wajib cuba. Menu yang merupakan bestseller di Team Udon ini pasti boleh masuk dengan tekak melayu dengan tambahan rempah karage yang memang menepati cita rasa melayu.

Buttermilk Udon Team Udon

Ponzu Wasabi Udon

Ponzu Wasabi Udon ni juga korang wajib cuba tau. Hidangan udon sejuk ini dihidangkan dengan sos ponzu, telur onsen, lobak putih, tanuki, wasabi dan spring onion. Menu ini merupakan dari menu asli oden. Rasanya memang sedap dan kalau korang peminat wasabi korang mesti cuba sebab wasabi yang ada dalam menu ini memang memberikan penambah rasa yang sangat sesuai dengan menu ini.

Ponzu Wasabi Udon Team Udon

Matcha Udon

Kalau korang sukakan menu yang dihidangkan dengan matcha di sini juga ada pilihan. Matcha udon dihidangkan dengan sup udon matcha dengan udang tempura dan spring onion. Udon yang disediakan mempunyai rasa seperti matcha dan udang tempura yang dihidangkan dalam menu ini memang memberikan rasa yang mencukupi dalam menu ini.

Matcha Udon Team Udon

Udon Lemak

Ini adalah antara menu yang memang akan menarik perhatian korang. Dihidangkan seperti hidangan menu kegemaran rakyat Malaysia, Udon Lemak pasti akan menarik perhatian korang. Udon ini dihidangkan dengan udon kering dengan santan, telur onsen, ikan bilis, kacang, timun, spring onion dan dihidangkan dengan sambal nasi lemak dan udang rangup yang pedas. Menu ini mesti ada dalam check list korang kalau berkunjung ke Team Udon.

Udon Lemak Team Udon

Karokke Potato

Antara hidangan ringan yang disediakan, karokke dihidangkan bersama sos mayonis. Menu ini dibuat dari kentang, kacang dan jagung. Hidangan ini adalah hidangan yang sangat sihat.

Karokke Team Udon

Rempah Karage

Rempah karage diinspirasikan dari menu ayam rempah, antra menu yang korang patut cuba kerana ia sangat bersesuaian dengan cita rasa dan tekak melayu.

Rempah Kraage Team Udon

Oreo Tempura

Seperti namanya, hidangan ini adalah hidangan biskut oreo yang digoreng dengan tempura. Menu ini sesuai sebagai hidangan kanak-kanak dan kalau korang order menu ini, korang mesti rasa semasa menu ini masih panas untuk mendapat rasa seperti brownies.

Oreo Tempura

Green Tea

Kalau korang nak order air d Team Udon, korang tak perlu pening-pening untuk pilih sebab menu air ini sahaja yang dihidangkan di Team Udon. Menu air green tea ini didatangkan dengan green tea sejuk dan green tea panas.

Hidangan Air Green Tea

Menu-menu ini pasti dapat memberikan korang satu pengalaman yang tak dapat korang lupakan dengan keunikan dan kepelbagaian menu yang disediakan mengikut cita rasa tempatan. Kalau korang tak suka perisa campuran melayu, korang boleh order menu udon plain dari Team Udon. Untuk mengetahui makanan yang sedap di kawasan Kuala Lumpur, boleh klik di sini.

Lokasi

Team Udon

📍 27-G, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/PkLUxF11F6umk88o8
⏰ Isnin – Ahad (Jumaat tutup) 12PM – 3PM, 5PM – 9:30PM
📲Instagram: Team Udon
📲Facebook: Team Udon

📲TikTok: Team Udon

Article curated by “Ku Ikhwan”

Leave a Reply