Teringin Nak Makan Ayam Penyet? Wang Solo Kan Ada

You are currently viewing Teringin Nak Makan Ayam Penyet? Wang Solo Kan Ada

Hai korang! Hari min nak share satu restoran yang terletak di Bandar Baru Bangi. Restoran yang min nak share tu Bernama Wang Solo. Korang nak tau apa special tentang restoran ni? Baca sampai habis tau.

Untuk pengetahuan korang restoran Wong Solo ni dah ada 11 cawangan di seluruh Malaysia antaranya di KL, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Suasana di restoran Wong Solo yang bersih dan santai amatlah sesuai kalau korang nak jadikannya sebagai venue utama makan tengah hari korang.

Suasana di restoran Wong Solo Bandar Baru Bangi
Suasana di restoran Wong Solo Bandar Baru Bangi

Antara masakan yang akan menarik perhatian korang adalah menu ayam penyet. Kenapa? Sebab masakan ayam penyet di sini cukup terasa rempah-ratus yang digunakan, ayamnya sungguh rangup dan daging ayam yang dimasak pun lembut.

Menu

Ayam Penyet Wong Solo

Ayam goreng yang dihidangkat dengan sambal penyet. Kalau korang datang restoran ni korang mesti cuba menu signature di Wong Solo ni.

Ayam Penyet Wong Solo
Ayam Penyet Wong Solo

Nasi Ikan Bakar

Menu nasi ikan bakar juga disediakan di restoran ini.

Nasi Ikan Bakar
Nasi Ikan Bakar

Jus Poligami

Unik seperti namanya, jus poligami ni antara minuman yang digemari ramai. Tak percaya? Korang boleh tengok di review ini.

Jus Poligami
Jus Poligami

Haa macam mana? Korang berminat tak? Kalau berminat tunggu apa lagi? Jom kita serbu restoran Wong Solo!

Kalau korang nak cari restoran yang menawarkan menu ayam penyet lagi boleh klik di sini.

Lokasi

Wong Solo Bandar Baru Bangi
🗺️Google Map: https://g.co/kgs/KzyV6DU

⏰ Setiap hari 11:30 am – 10:00 pm
📲Instagram: wongsolo.my
📲Faceook: Ayam Penyet Wong Solo M’sia

Article curated by “Ku Ikhwan”

Leave a Reply