Kantin & Co: Hidden Gem Masakan Itali Yang Tak Boleh Dilepaskan!

You are currently viewing Kantin & Co: Hidden Gem Masakan Itali Yang Tak Boleh Dilepaskan!

Hi guys! Min ada satu cafe yang nak share kat korang hari ni. Suka minum coffee? Korang roti dan pastry lovers? Macam mana pulak dengan Italian food? Suka jugak? Kalau ya, jom pergi makan kat Kantin & Co, Kuantan. Cafe yang humble tapi makanan berkualiti tinggi.

Pengenalan

Kantin & Co adalah cafe yang specialises dalam pembuatan coffee, roti artisan, pastries dan masakan moden khususnya masakan Itali. Sama ada customer nak makan pencuci mulut ataupun makanan berat, Kantin & Co ada kedua-dua pilihan yang boleh dipilih mengikut citarasa customer. Suasana Kantin & Co yang tenang dan selesa menjadikan cafe ni port yang sesuai for those yang nak unwind ataupun nak dine-in bersama keluarga dan rakan-rakan. Not to mention dekat pintu masuk Kantin & Co juga ada sentuhan flora yang akan menyambut para customer yang datang singgah.

Pintu Masuk Kantin & Co
Pintu Masuk Kantin & Co (facebook Kantin & Co)

Dekat Kuantan jugak ada cafe yang lebih kurang sama dengan Kantin & Co yang menyediakan dessert dan kopi bersama dengan buku untuk menemani customer yang book lovers! Klik link ini untuk mengetahui maklumat lanjut: https://purpledurian.my/makan/hangout-spot-perfect-untuk-book-lovers/

Menu

Menu Kantin & Co agak besar sebab banyak pilihan jadi Min akan senaraikan beberapa sahaja; All Time Fav, Pasta dan Artisan Tea’s.

All Time Fav

  • Kantin Burger – RM21
  • Lava Meatballs – RM27
  • Chili Beef – RM19
Kantin Burger
Kantin Burger (facebook Kantin & Co)

Pasta

  • Gamberi – RM27
  • Fruitti De Mare – RM30
  • Lamb / Beef – RM25
  • Chicken Sausage – RM23
  • Funghi E Melanzane – RM23
  • Sundried Tomato & Pecorino – RM25
  • Penne Arrabbiata – RM21
  • Spaghettini Vongole – RM25
  • Polpettes – RM25
  • Lamb / Beef Ragu – RM25
Gamberi (facebook Kantin & Co)
Lamb Ragu
Lamb Ragu (facebook Kantin & Co)

Artisan Tea’s – RM8 (Hot) , RM10 (Ice)

  • English Breakfast
  • Chamomile Blossom
  • Honeydew Green Tea
  • French Earl Grey
  • Oolong Kiwi Berry
  • Oolong Rose
  • Egyptian Peppermint
  • Royal Ceylon
  • My Melborne

Review Netizen

Kantin & Co menerima 4.5 star di Google Review dan banyak feedback positif yang diberi oleh netizen. Ada juga netizen yang memberi idea untuk menambah baik Kantin & Co dan pihak cafe menerima idea tersebut dengan baik.

Review
Review (Google Review)
Review
Review (Google Review)
Review
Review (Google Review)

Konklusi

Min sangat recommend kepada netizen yang nak try masakan Itali, roti artisan dan pastry di Kantin & Co. Rugi kalau tak try sebab Kantin & Co menyediakan makanan yang sedap dan berbaloi. Staff juga friendly dan atmosphere kat cafe ni tiptop. Bukan selalu dapat jumpa restaurant macam ni tau. Netizen yang pernah atau nak makan dekat Kantin & Co jangan lupa tinggalkan komen ya!

Nak tau lagi tempat menarik di Kuantan? Klik link ini: https://purpledurian.my/food-review/nikmati-kek-yang-comel-dan-sedap-di-sucre-kuantan/

Location & Info

Kantin & Co

📍114, Jln Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang

🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/r7WUpZvtY8mahr8x9

⏰Waktu Operasi: 12.00 pm – 10.00 pm (SELASA CUTI)

📲Phone: 09-5135522

📲Instagram: https://www.instagram.com/kantin.co/ 

📲Facebook: https://www.facebook.com/kantinandco

Article curated by Nada Fariza