Dapor Che Lah, terletak di Shah Alam, terkenal dengan makanan Melayu dalam Set Dulang. Selain daripada makanan dan minuman, korang boleh cuci-cuci mata dengan design restaurant ni yang ala-ala kampung.
Location
Dari luar, Dapor Che Lah nampak macam salah satu rumah kampung yang korang boleh jumpa dekat kampung sendiri. Confirm rasa nostalgik.
Menu
Dapor Che Lah menyediakan hidangan Set Dulang dengan pelbagai pilihan seperti Set Masak Asam Pedas, Set Siput Sedut Masak Lemak, Set Siput Sedut Masak Asam, Set Ikan Bakar Siput Sedut, Set Daging Masak Lemak dan Set Ikan Patin Masak Tempoyak.
Taknak Set Dulang? Ala Carte pun ada. Dapor Che Lah ada sediakan Ikan Patin Masak Tempoyak, Ikan Kembung Masak Asam Pedas, Siput Sedut Masak Lemak, Siput Sedut Masak Asam, Cencaru Sumbat, Talapia Bakar, Ikan Kembung dan Ayam Kampung Goreng, Ulam-ulaman, Keropok dan Ikan Masin. Haa, banyak kan pilihan?
Bagi Min, harga makanan agak mahal untuk mereka yang hidup sederhana jadi Min sarankan kepada mereka yang nak cuba makan kat Dapor Che Lah untuk buat plan supaya tak overbudget.
Food
Ramai netizen dah try Siput Sedut Masak Lemak dengan review “Absolutely delicious”. Asam Pedas Jenahak pun boleh tahan nampak sedap.
Review
Min rasa Dapor Che Lah berbaloi untuk dicuba bukan sebab masakan Melayu je tapi also sebab persekitaran yang cantik, senang dapat parking dan ramai jugak lah yang bagi respond yang positif kat restaurant ni. Siapa yang berminat nak try Dapor Che Lah tu nanti jangan lupa komen ya!
Nak tau lagi tempat menarik di Shah Alam? Klik link ini: https://purpledurian.my/news/kee-nguyen-kopi-terbaik-vietnam-bagi-yang-meminati-kopi-dan-budaya-vietnam/
Location & Info
Dapor Che Lah
📍 87, Jalan Lawan Pedang 13/27, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
🗺️Google Map: https://g.co/kgs/n4QC69
⏰ 11am – 11pm (Tutup: Selasa)
☎️ 011-1069 7860
📲Instagram: https://instagram.com/dapor_chelah?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
📲Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100084988825064
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@daporchelah13?_t=8gMu0uhLqk6