Hi korang semua! Hari ini Izzah nak kongsikan dengan korang semua satu port makan yang memang terbaik punya lah! Korang pasti tidak akan menyesal datang ke tempat ni, memang berbaloi sungguh! Sememangnya, Syazana Nasi Melayu ini akan memikat selera korang dengan kepelbagaian lauk yang disediakan di restoran ini!
Terletak di Penang Times Square, korang sememangnya boleh datang sangat-sangat datang ke tempat ini setelah korang berjalan-jalan membeli-belah, atau melakukan urusan penting. Pelbagai review telah menunjukkan keunikan restoran ini yang menawarkan pelbagai jenis aneka lauk-pauk yang korang boleh pilih. Untuk maklumat lanjut mengenai restoran yang menjual nasi yang sedap, sila tekan pautan ini: https://purpledurian.my/makan/rasai-nasi-ayam-claypot-yang-dibuat-menggunakan-arang-di-restoran-ahmad-muzakin/
Menu
50 Aneka Lauk-Pauk
Bila kita datang ke sesebuah restoran, selalunya mereka akan menyediakan pelbagai lauk pauk yang korang bole pilih, tapi, tidaklah sebanyak Syazana Nasi Melayu ini tawarkan kepada korang semua. Maksud Izzah, 50 jenis lauk kot. Itu bukan jumlah yang sikit tu. Dahla banyak, sedap dan berpatutan pula tu! Korang semestinya WAJIB mencuba Syazana Nasi Melayu, kalau tak, menyesal nanti! Nak datang tengok-tengok restoran tutup.
Yang pastinya, Syazana Nasi Melayu ini semestinya menjanjikan korang satu kepuasan yang hebat apabila korang mencuba makanan di sini. Untuk maklumat lanjut, sila skrol ke bawah. Untuk mengetahui port makan yang best di Penang, klik link ini: https://purpledurian.my/makan/armenian-street-ice-ball-rasai-ais-kepal-tradisional-ala-zaman-70-an/
Lokasi
📍 Syazana Nasi Melayu
Penang Times Square, 10150 George Town, Penang
⏰ 10 pagi – 4 petang.
⏰ 6 petang – 11 malam.
Tutup: Isnin.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/QrTUihaToLxQ538D9
📲Phone: 016-469 7313
📲Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100028578056786&locale=ms_MY
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@syazana_nasi_melayu
Article currated by Izzah Norsham