Hai para penggemar makanan! Apa khabar semua? Hari ini, Min nak merungkai tentang satu tempat hebat yang pasti akan memuaskan nafsu makan korang. Jom min bercerita mengenai pengalaman gastronomi min di Canton Village, Shah Alam. Mari min membawa korang ke dunia kenikmatan kulineri yang tidak tertandingi ini.
Kalau korang tengah mencari port makanan cina muslim yang menyelerakan dan suasana yang selesa, Canton Village adalah tempat yang patut korang kunjungi. Terletak di tengah-tengah pusat bandar digital ini, Canton Village telah mencuri perhatian ramai dengan hidangan inovatif mereka yang menggabungkan konsep makanan tradisional cina dengan cara penyediaan moden dan halal.
Sebaik memasuki pintunya, korang akan disambut dengan aroma menarik dari daging itik yang dipanggang secara sempurna. Malah, hiasan dinding yang memaparkan ciri hiasan cina dari zaman dulu hingga sekarang membuat korang merasa di sambut oleh nenek.
Bagi korang yang nak cuba makanan cina muslim yang sama power, klik di link ini
Menu
Menu di Canton Village adalah gabungan yang sempurna antara cita rasa Cina dan prinsip makanan halal. Dari hidangan nasi hingga itik panggang, setiap hidangan dipersiapkan dengan teliti dan dipadukan dengan rempah ratus cina pilihan yang menaikkan selera.
Bagi korang yang nak lihat menu, klik di link ini
“Peking Duck”
Salah satu hidangan yang menjadi favorit banyak pelanggan adalah “Peking Duck”. Daging itik yag dipanggang dengan sempurna hingga kulitnya yang garing, serta dagingnya yang lembut dan penuh rasa. Sentuhan akhir seperti potongan itik dihidangkan bersama dengan sos hoisin , hirisan daun bawang, dan pancake nipis untuk melengkapi pengalaman yang tak terlupakan. Setiap gigitan adalah harmoni rasa yang luar biasa. Kulit itik yang garing adalah kunci utama untuk kelazatan ini. Saat korang merobek kulitnya yang garing, sensasi garing dan lembut memberi korang rasa yang menggoda.Sos hoisi adalah pasangan sempurna untuk itik ini. Dengan rasa manis dan masin, sos ini memberikan sentuhan ajaib pada hidangan ini, memberikan dimensi rasa yang berbeza-beza.
“Stir fried beef hor fun”
Tak hanya itu, pilihan hidangan utama di sini juga sangatlah menaikkan selera. Salah satu hidangan yang menjadi kegemaran ramai adalah “stir fried beef hor fun”. Sebaik sahaja hidangan ini dihidangkan di hadapan korang, aroma harum yang menggiurkan akan mengusik deria hidu korang. Gabungan bahan-bahan seperti bawang putih yang ditumis dengan lembut, cili yang memberikan sentuhan pedas yang membangkitkan selera, dan kepingan bawang besar yang menambah tekstur dan manis kepada hidangan ini. Mi yang digunakan juga memainkan peranan penting. Tekstur lembut mi ini akan melekat di mulut korang, meninggalkanrasa yang sukar diungkapkan. Ketika korang menggigit potongan daging lembu yang lembut, dengan kombinasi rasa masin, manis, dan sedikit pedas akan bergabung untuk membentuk simfoni rasa yang tak terlupaka.
Pa Ku Teh Itik
Bagi penggemar sup, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Pa Ku Teh Itik. Hidangan ini adalah hidangan yang mengolah hidangan tradisional Cina “Bak Kut Teh” dengan sentuhan halal, Aroma harum rempah ratus iaitu campuran kunyit, ketumbar, dan lada hitam segera memikat selera. Daging itik yang empuk dan beraroma menjadi tumpuan utama hidangan ini. Saat dihidangkan dengan sup yang kaya dengan cita rasa rempah, daging itik ini betul-betul mencair di mulut korang. Setiap gigitan membawa kelazatan dengan gabungan rasa lazat dan harum yang meresap sampai ke tulang. Jangan korang lupakan kuahnya. Kuahnya yang pekat dan kaya, ditambahi dengan rempah ratus pilihan, menawarkan kepuasan yang mendalam. Tidak hanya menghangatkan perut, tetapi juga jiwa yang letih akibat kelesuan harian bekerja.
Review
Salah satu keistimewaan dari Canton Village adalah gabungan budaya yang terasa dalam setiap hidangannya. Dengan sentuhan masakan Cina yang diolah menjadi halal, restoran ini menawarkan pengalaman kulineri yang unik dan menggembirakan. Tidak hanya itu, pilihan makanan di sini sesuai untuk pelbagai citarasa pelanggan.
Jadi, sekiranya korang mencari pengalaman kulineri yang unik di Shah Alam, jangan lupa untuk mengunjungi Canton Village. Di sinilah korang akan menemui gabungan lazat antara masakan Cina yang autentik dengan prinsip halal. Dengan suasana yang nyaman dan menu yang memenuhi selera, ini adalah tempat di mana setiap kunjungan adalah perjalanan gastronomi yang tidak dilupai.
Jom min bawa korang sekitar shah alam untuk cuba restoran ini, klik di link ini
Lokasi
📍Canton Village Chinese Muslim Restaurant
5-G, Suria Jelutong, 1, Jalan Bazar U8/99, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/W8Dg8udnTMVCX2RK9
⏰ Waktu Operasi: 12.00pm – 10.00pm (Isnin-Ahad)
No Telefon: 012-828 7168
📲 Instagram: https://instagram.com/my_cantonvillage?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
📲 Facebook: https://www.facebook.com/MYCantonVillage?mibextid=ZbWKwL
Article Curated By Amir Haziq