Kuala Lumpur sentiasa menjadi tumpuan bagi penggemar makanan dari seluruh dunia. Dari makanan jalanan yang lazat hingga hidangan mewah, bandar raya ini pasti menawarkan pelbagai pilihan untuk memenuhi selera korang. Jika korang tengah mencari pengalaman makan yang santai tetapi memuaskan di kawasan Chow Kit, jangan lepaskan peluang untuk melawat dan mencuba makanan di Kingu Kongu, destinasi makan terbaru yang pasti akan memikat hati anda.
Apabila korang mendengar Kingu Kongu, sudah pasti korang tak akan terfikir nama yang disebut adalah berkaitan tentang monyet raja yang megah!. Walau bagaimanapun, jangan terpedaya oleh namanya yang unik kerana hidangan di sini adalah perkara yang serius. Terletak di tengah-tengah hiruk-pikuk Chow Kit, Kingu Kongu menonjol restoran mereka dengan hiasan dalaman jepun yang serbatradisional tetapi dengan sentuhan moden yang selesa. Ruangannya yang luas tetapi tetap mesra akan memberi korang suasana santai yang sempurna untuk menikmati hidangan dengan keselesaan.
Jom tengok suasana di kingu kongu daripada netizen, Klik di link ini, bagi korang yang nak try makanan jepun yang lebih umphh, klik link di sini!.
Menu
Senarai menu hidangan yang ada di Kingu Kongu adalah sebuah catatan hidangan jepun yang lazat. Dari hidangan klasik hingga ciptaan modern yang inovatif, setiap sajian memiliki sentuhan unik yang memikat lidah korang. Apakah korang seorang penggemar sushi yang setia atau lebih cenderung kepada rasa pedas yang berani, Kingu Kongu memiliki sesuatu untuk semua orang.
Zoru Soba
Zoru Soba adalah hidangan yang sangat istimewa, dan di kingu kongu, mereka membawa gabungan keunikan resepi tradisional Jepun dengan sentuhan moden yang memikat hati. Mi soba yang lembut dan licin ini menjadi penanda aras untuk hidangan ini, dan gabungan ini membawa rasa nostalgia yang akan membawa korang terus ke jalanan Tokyo yang sibuk. Sup jernih yang disediakan bersama-sama mi soba menawarkan keseimbangan rasa yang sempurna antara rasa umami dan segar. Tambahan pelbagai topping yang pelbagai, juga akan melengkapinya. Dari potongan daging yang lembut dan lazat, hingga ke telur setengah masak, setiap elemen memberikan persepsi rasa baru kepada hidangan ini. Tambahan taugeh juga memberikan tekstur ranggup yang menarik, pada setiap gigitan. Ditambah pula dengan daun bawang yang memberikan rasa herba yang menyegarkan
Japanese Curry Don
Japanese Curry Don antara hidangan tumpuan di sini. Gabungan nasi yang lembut dan harum, disusun dengan potongan daging lembut yang direneh dalam kuah kari kental yang memikat hati. Ketika korang mencuba hidangan ini, korang akan merasai kehangatan dan keselesaan yang seakan-akan menghulurkan pelukan hangat. Setiap suapan adalah perpaduan antara tekstur lembut daging dan nasi, berserta rempah tradisional Jepun dan sentuhan bahan-bahan Malaysia yang segar. Rasa manis dan pedas yang menyeluruh adalah hasil tangan dari kari Jepun yang menyeronokkan dan budaya Malaysia.
Petai Sambal Sushi
Sekiranya korang nak hidangan yang unik, pastikan korang tidak melepaskan peluang untuk mencuba hidangan yang unik dan memukau ini: Petai Sambal Sushi. Kombinasi hebat ini telah diperkenalkan oleh restoran Kingu Kongu dalam bentuk sushi yang memukau. Apabila hidangan ini dihidangkan di hadapan korang , mata korang pasti akan tertarik oleh perpaduan warna-warna cerah dan kontras. Sushi-sushi kecil yang dipamerkan di atas pinggan juga nampak seperti sebuah seni yang indah. Tetapi jangan biarkan rupa menipu korang!. Saat menggigit ke dalam Petai Sambal Sushi pertama, korang akan terkejut oleh harmoni rasa yang menakjubkan. Gabungan antara keunikan petai dan kepedasan sambal diimbangi dengan keseimbangan yang hebat oleh nasi sushi yang lembut. Salah satu perkara yang menonjol mengenai hidangan ini adalah bagaimana ia menggabungkan keunikan tempatan dengan elemen sushi yang lebih tradisional. Ia menggabungkan cita rasa Malaysia yang kaya dengan seni Jepun yang halus, mencipta satu hidangan yang memuaskan untuk pelbagai jenis pengemar makanan.
“Smoked Duck Yakitorii”
Bagi penggemar daging itik dan mencari pengalaman makan yang unik, “Smoked Duck Yakitorii” di Kingu Kongu adalah pilihan yang pasti tidak boleh dilepaskan. Hidangan ini adalah kejutan yang menggabungkan kehalusan daging itik dengan sentuhan kearifan tempatan. Rahsia sebenar terletak pada teknik perapian yang dipilih dengan bijak oleh kumpulan tukang masak di Kingu Kongu. Daging itik dipilih dengan teliti, kemudian diperap dengan campuran rempah rahsia yang tidak hanya melembutkan daging, tetapi juga membawa rasa tradisional yang memukau. Proses perapan dengan rempah ratus yang pelbagai membolehkan rempah meresap ke dalam setiap serat daging, mencipta kekayaan rasa yang tidak dapat dilupakan. Selepas perapan, tiba masa untuk menghidangkan hidangan ajaib ini dengan penuh gaya. Setiap potongan daging itik yang dihidangkan pada tusuk sate menjanjikan pengalaman yang memuaskan kepada para pelanggan. Hidangan “Smoked Duck Yakitorii” ini tidak hanya menyediakan rasa yang luar biasa, tetapi juga tampil dengan cara yang mempesona, memberikan aroma yang mengancam selera.
Review
Suasana di restoran ini turut akan memberikan korang pengalaman yang memuaskan. Dengan pencahayaan yang lembut dan muzik yang mendayu-dayu, Restoran Kingu Kongu menjemput anda untuk menghabiskan masa berkualiti dengan rakan dan keluarga. Ia juga merupakan pilihan yang sesuai untuk majlis makan malam romantik bersama pasangan korang. Dari hidangan makanan yang lazat hingga suasana yang nyaman, restoran ini tidak diragui lagi menjadi destinasi pilihan untuk semua jenis pelanggan. Jadi, jika korang sedang mencari tempat untuk menggembirakan selera dan memuaskan jiwa, jangan terlepas peluang untuk melawat Restoran Kingu Kongu.
Bagi korang yang nak cuba makanan “Fusion”, klik di link ini
Lokasi
📍KINGU KONGU
5&7, Jalan Yap Ah Shak, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/ExXsA3BV3JACenPZ9
⏰ Waktu Operasi: 12.00pm – 2.30pm (Selasa- Jumaat)
5.00pm – 10.30pm (Selasa- Jumaat)
1.00pm – 10.30pm (Sabtu-Ahad)
Isnin (Tutup)
📲Instagram: https://instagram.com/kingukongu.my?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Article Curated By Amir Haziq