Hi semua! Hari ini Izzah ada nak kongsi dengan korang semua satu tempat makan yang best tau. Korang semua pernah tak dengar nama Penang Road Famous Laksa? Kedai ni terkenal dengan laksa penang mereka. Tapi hari ni, Izzah nak cakap bukan pasal laksa penang, tapi oyster omelette!
Selalunya oyster omelette payah nak cari yang halal memandangkan orang yang buat ni ada menggunakan non-halal ingredient. Tapi yang bestnya di Penang Road Famous Laksa ni, kedai ni ialah halal restaurant, jadi makanan kat sini sememangnya halal. Pelbagai review telah dibuat mengenai tempat ni. Untuk maklumat lanjut mengenai kedai makan yang menjual omelette, tekan link ni: https://purpledurian.my/makan/makanan-thai-super-jimat-di-soi-thai-kitchen/
Menu
Oyster Omelette
Satu je yang Izzah nak cakap mengenai oyster omelette ni: Sedap! Korang boleh rasa juicy oyster tu digabungkan dengan batter yang omelette ni membuatkan rasa oyster omelette ni amatlah best!
Laksa
Dah namanya pun kedai ni Penang Road Famous Laksa, mestilah jual laksa kan. Laksa penang di sini menggunakan ikan sardin dan semua bahan-bahan di sini segar belaka!
Char Kway Teow
Perrrghhhh! Terbaik la char kway teow kat sini. Rasa teramatlah sedap. Rugi kalau korang tak cuba tau. Terutama sekali bila Penang Road Famous Laksa ni menggunakan telur itik.
Secara kesuuruhannya, Penang Road Famous Laksa ni pasti akan memberikan korang kepuasan yang korang mahukan apabila korang makan di restoran ni. Untuk maklumat lanjut mengenai Penang Road Famous Laksa, skrol ke bawah. Kalau korang ingin mencari tempat makan yang sedap di area Penang, tekan link ni: https://purpledurian.my/food-review/menghidangkan-makanan-tempatan-versi-vegan-kedai-makan-berusia-6-tahun-pulau-pinang-ini-telah-berkembang-dengan-menjual-makanan-sejuk-beku/
Lokasi
📍5, Lebuh Keng Kwee, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
⏰ 9 am – 5.30 pm setiap hari (Rabu tutup)
🗺️Google Map: https://goo.gl/maps/M6AFELFyYG2evBhz9
📲 Phone: 016-446 0543
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@penang.road.famou
📲Facebook: https://web.facebook.com/PenangRoadFamousLaksa/
📲Instagram: https://www.instagram.com/penangroadfamouslaksa/
Article currated by Izzah Norsham