Adik Nasi Ayam Jelutong, Sedap Bukan Main-Main!

You are currently viewing Adik Nasi Ayam Jelutong, Sedap Bukan Main-Main!

Hrm… Ada tak tempat yang jual makanan sedap di Penang? Saya rasa sangat lapar… Ada banyak, tetapi sekarang, Izzah nak tunjukkan kepada korang tempat yang istimewa ni. Tempat ni dah dianggap legend bagi orang Penang memandangkan makanan yang dijual di sana pastinya yang terbaik! Lima bintang daripada lima bintang! Apakah namanya? Well, namanya Adik Nasi Ayam Jelutong.

Untuk makluman, Adik Nasi Ayam Jelutong terletak di Jelutong, Pulau Pinang dan boleh dilihat di hadapan Caltex dan seperti namanya, gerai makan ini mengkhususkan kepada nasi ayam. Banyak review yang menyatakan tentang keenakan nasi ayam mereka. Untuk maklumat lanjut tentang gerai makan di Pulau Pinang, klik pautan di bawah. https://purpledurian.my/makan/viral/kieda-crepe-hq-destinasi-pencuci-mulut-sedap-di-pulau-pinang/

Adik Nasi Ayam Jelutong (facebook.com)
Adik Nasi Ayam Jelutong (facebook.com)

Menu

Nasi Ayam

Nasi Ayam (facebook.com)
Nasi Ayam (facebook.com)

Melihat gambar sahaja dah membuatkan korang nak pergi sana dan membeli nasi ayam kan? Itu menunjukkan betapa istimewanya nasi ayam ini. Dengan hanya RM7 setiap hidangan, anda akan mendapat bahagian nasi yang enak, semangkuk sup, seketul ayam yang dilapisi sosnya, dan terakhir sos sambal hijau dan merah. Sangat sedap!

Set Ikan Bawal

Set Ikan Bawal (facebook.com)
Set Ikan Bawal (facebook.com)

Set bawal? Apakah itu? Ha… Sekarang ni Izzah nak bagitahu yang Adik Nasi Ayam Jelutong ni ada menjual set ikan bawal yang terdiri daripada ikan bawal, nasi kosong, kari, ulam, dan dua jenis sambal. Julat harga mereka? Ia berbeza mengikut saiz ikan tetapi jangan risau. Ianya pasti berpatutan!

Secara keseluruhannya, pada pendapat Izzah, korang memang patut mencuba gerai makan ini kerana apa yang Izzah lihat pada review di Instagram, TikTok dan Facebook, ramai yang memberi pujian bertubi-tubi terhadap tempat ini. Jadi, jangan lupa mencubanya, ya? Untuk maklumat lanjut tentang tempat menjual nasi ayam, klik link di bawah. https://purpledurian.my/makan/1-restoran-15-rasa-nasi-ayam-hanya-di-dee-nasi-ayam/

📍Lokasi

Adik Nasi Ayam Jelutong
Jelutong, 11600 Jelutong, Pulau Pinang
🗺️ Google Map: https://goo.gl/maps/mgLBp13oJZtkqbDq6
Buka: Isnin – Sabtu (10 pagi – 5 petang)

📲Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100054368417176
📲Instagram: https://www.instagram.com/adiknasiayam/?hl=ms
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@adiknasiayamjelutong?lang=ms
📲Telefon: 012-456 3009

Article currated by Izzah Norsham