Blackbixon Cafe & Restaurant adalah sebuah cafe dan restoran yang sangat popular di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Mereka terkenal dengan pastry yang sedap dan masakan panas yang menarik. Antara menu yang best ada di Blackbixon Cafe adalah menu brunch, pasta, burger dan lain-lain. Tapi menu mereka semuanya menarik dan sedap sangat. Ada beberapa pastry yang menjadi kegemaran pelanggan disini serta beberapa menu masakan panas.
Blackbixon Cafe & Restaurant memiliki kawasan makan yang sangat besar dan luas. Interior restoran mereka juga sangat menarik dan nampak premium. Mereka menggunakan konsep hitam dan light grey serta ada juga konsep minimalist. Bukan interior mereka sahaja yang menarik tapi plating mereka juga sangat berkualiti. Sesuai untuk korang yang suka tangkap gambar makanan dan rasa vibes aesthetic.
Bukan interior mereka saja berwarna hitam tapi kebanyakkan makanan di Blackbixon Cafe & Restaurant juga berwarna hitam dari pasta, pastry dan burger. Semuanya berwarna hitam. Nak tengok video review dari pelanggan mereka klik link.
Menu Blackbixon Cafe & Restaurant
1. Black Truffle Squid Ink Carbonara (RM33.00)
Ini adalah menu bestseller di Blackbixon Cafe & Restaurant. Ramai yang bagi feedback cakap pasta ni sedap sangat dan unik sebab pastanya berwarna hitam.
2. Lamb Burger (RM31.00)
Semua burger mereka rotinya berwarna hitam dan ini salah satu menu burger yang mereka ada iaitu lamb burger.
3. Salted Egg Croissant (RM13.00)
Ini salah satu croissant bestseller di Blackbixon Cafe & Restaurant iaitu salted egg croissant. Bila buka je ini salted egg akan melimpah keluar. Memang sedap !
Ulang Tahun Pertama !
Disebabkan mereka sangat terkenal dengan pastry yang sedap dan unik jadi pasukan pastry mereka telah menyediakan sesuatu yang menarik untuk korang semua. Untuk pengetahuan korang, Blackbixon Cafe & Restaurant akan menyambut ulang tahun pertama mereka jadi ada sesuatu yang luar biasa untuk korang cuba di Blackbixon Cafe & Restaurant. Pasukan pastry telah membuat Croissant Gergasi pertama di Malaysia. Betul korang jangan tak percaya !
Macam yang korang lihat diatas, Croissant Gergasi ini akan berada di cafe selama 3 hari sahaja pada penghujung bulan Julai. Jemput hadir ke Blackbixon Cafe & Restaurant pada 28 Julai hingga 30 Julai 2023 untuk merasai dan berpeluang membeli Croissant Gergasi Limited Edition. Datang dan alami Selamat Ulang Tahun Blackbixon Cafe & Restaurant pada 28 Julai! Tetapkan kalendar anda sekarang!!
Location
📍 Blackbixon Cafe & Restaurant
Jalan 1/23C, Off, Jalan Usahawan, 53200, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/SeQaSPqkpdXMinT66
📲Instagram: https://www.instagram.com/blackbixoncafe/?hl=en
📲Facebook: https://www.facebook.com/blackbixoncafe/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@blackbixoncafe