Hai Zussies! Tak pasti nak minum apa untuk berbuka atau sahur nanti? Apa kata korang beli ZUS Bottled Necessity.
Zus Coffee ada menawarkan promosi sehingga 4 April ini tau. Sebelum min cerita lebih lanjut tentang promosi kali ini, Min nak tanya korang dah jumpa Nami dan Riri daripada Zus Coffee ke belum?
Sempena Ramadan 2024, Zus Coffee melancarkan kolaborasi bersama jenama fesyen terkenal, Bulan Bintang. Zus Coffee mengenakan konsep “Seribu Warna Zus”, di mana korang boleh nikmati minuman istimewa 1L seperti Nami (Vietnamese Spanish Latte) dan Riri (Watermelon Berry Refresher) dengan wajah baharu! Lagi cantik daripada yang biasa. Design Nami dan Riri ni edisi terhad tau! Jadi korang kena cepat-cepat beli sebelum kehabisan stok.
Walaupun Vietnamese Spanish Latte dan Watermelon Berry Refresher datang dengan wajah baharu, tapi korang jangan risau sebab rasa airnya tetap sama. Cuma ada kelainan pada Watermelon Berry Refresher, sebab ni menu baru yang dikeluarkan untuk siri Tembikai tau. Masih ingat tak siri Tembikai yang dikeluarkan Zus Coffee untuk sambutan Tahun Baru Cina bulan lepas? Kalau korang suka menu tembikai, boleh la beli edisi Bottled Necessity ni. Elok korang beli dua terus. Satu untuk sahur, satu untuk berbuka. Sedapnya minum Zus!
Beli 2 botol, boleh dapat potongan harga 15%!
Harga Zus 1L Bottled Necessity:
- Vietnamese Spanish Latte (RM28.90)
- Watermelon Berry Refresher (18.90)
Terma dan syarat:
🥤Promosi sah dari 4 Mac hingga 4 April 2024 sahaja.
🥤Promosi ini hanya sah untuk pengambilan (pickup) melalui Aplikasi ZUS SAHAJA & TIDAK sah untuk pelanggan yang datang terus ke kedai (walk-in) dan penghantaran dalam aplikasi (in-app delivery). Tidak tersedia di platform pihak ketiga lain.
🥤Tiada had penggunaan bagi setiap pelanggan untuk menebus di Aplikasi ZUS.
🥤Kod Baucer, “ZUSNGOPI” perlu digunakan sebelum pembayaran dibuat.
Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat Bottled Necessity, korang boleh layari laman web rasmi Zus Coffee atau ikuti perkembangan terkini melalui media sosial mereka di Facebook, Instagram, Twitter/X dan TikTok.
Nikmati minuman berkualiti dari Zus Coffee – mencipta pengalaman kopi yang unik setiap hari!
Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor