TUG Gelato, Penyelamat Buah-buahan Yang Tidak Cantik Secara Visual dan Dijadikan Dessert Buahan Yang Lazat

  • Post author:
  • Post category:Makan / News
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing TUG Gelato, Penyelamat Buah-buahan Yang Tidak Cantik Secara Visual dan Dijadikan Dessert Buahan Yang Lazat

TUG Gelato adalah sebuah syarikat yang bertujuan untuk memerangi pembaziran makanan. Mereka menggunakan buah-buahan yang luar biasa dan kelihatan unik untuk membuat gelatos, dan mereka sangat berbangga dengannya apa bahan yang mereka gunakan. Untuk pengetahuan anda TUG bermaksud The Unusual Greens.

Hailey Yong Pemilik TUG Gelato

Pemilik syarikat yang menghasilkan idea bijak ini adalah Hailey Yong yang berumur 19 tahun semasa beliau membuka TUG Gelato. Menurut Hailey, mereka hanya memiliki satu prinsip sahaja iaitu “Food should feed people as long as it’s edible” yang bermaksud “Makanan harus memberi makan kepada orang ramai selagi boleh ia masih boleh dimakan”. Oleh itu, Hailey Yong telah memfokuskan kepada pengambilan buah-buahan yang masih elok tetapi tidak cantik dari segi visualnya untuk dijadikan gelato.

Hailey Yong
Source: Vulcan Post

Pada mulanya, beliau hanya mengambil dari pasar borong dimana mereka membuang buah-buahan yang masih elok tetapi tidak cantik luarannya. Hal ini kerana pembeli tidak akan mahu jika luarannya sudah tidak cantik. Tetapi tidak bagi Hailey, beliau berfikir makanan ini masih ada harapan untuk diberi peluang kedua. Jadi disitulah bermulanya idea beliau untuk mengambil buah-buahan tersebut.

TUG Gelato Cafe

Kini, TUG Gelato telah membuka sebuah cafe di Seri Kembangan. Pada mulanya, mereka hanya melakukan servis “pick-and-go” di dapur utama mereka. Tetapi selepas dipertimbangkan kekurangan yang pelanggan perlu hadapi, mereka buka sebuah cafe yang terletak di Seri Kembangan juga dimana lengkap dengan dekorasi yang menarik serta kerusi dan meja untuk pelanggan nikmati gelato mereka.

tug gelato
Source: Eat Drink KL

TUG Gelato telah mengkategorikan perisa mereka kepada dua kumpulan berbeza—Saving The Fruiture dan The Cone-ventional. Kategori Saving The Fruiture memiliki flavours Avocado Pistachio, Banana Mango Toffee, Mango Sorbet, Blackberry Sorbet, Raspberry Sorbet, Soursop Calamansi, Strawberry Cheesecake, dan Oatmilk, Peanut Butter & Strawberry Jam. Manakala The Cone-ventional memiliki 72% Dark Chocolate, Browned Butter, Vanilla, Matcha, Houjicha, Roasted Pistachio, Roasted Hazelnut, dan White Chrysanthemum.

Menu TUG Gelato

1. Avocado Pistachio

Avocado Pistachio

Perisa avocado yang kaya dan licin digabungkan dengan kacang pistachio mentega, menghasilkan simfoni perisa yang menarik mengikut citarasa anda.

2. Bango Toffee

bango toffee

Pisang masak dan mangga disatukan untuk membentuk asas buah tropika, manakala caramel toffee yang lazat menambah sentuhan keenakan.

3. 72% Dark Chocolate

dark chocolate

Impian pencinta coklat — dibuat dengan dark chocolate 72% yang pekat, perisa ini memberikan keseimbangan yang sangat baik antara kemanisan dan kepahitan, dengan rasa kopi yang halus.

Di website TUG Gelato, anda boleh membeli secara online dengan cara menghantar sehingga ke rumah anda atau boleh pick-up di cafe mereka. Harga yang bermula RM35.00 hingga RM38.00 per pint. Sangat murah dan berbaloi untuk anda cuba dan sokong perniagaan ini. Anda juga dapat membantu dalam pengurangan pembaziran makanan di Malaysia.

Ketahui lebih lanjut dengan melayari https://theunusualgreens.com/ dan ikuti mereka di Instagram serta Facebook.