Warung Family Corner – Satu-Satunya Yang Ada Roti Jala GIANT

You are currently viewing Warung Family Corner – Satu-Satunya Yang Ada Roti Jala GIANT

Pernahkah korang berada dalam dilema di mana korang ingin makan untuk sarapan pagi? Izzah ada dan lebih teruk lagi apabila Izzah nak makan sesuatu yang baru dimasak. Sesuatu yang masih hangat tapi pada masa yang sama Izzah masih boleh bungkus kalau Izzah nak cepat pergi ke sesuatu tempat. Untuk korang yang merupakan orang Bukit Mertajam, Izzah bawakan berita gembira. Kebetulan viral ada sebuah warung yang terkenal dengan juadah sarapan pagi. Namanya? Warung Family Corner.

Warung Family Corner ni terletak di Bukit Mertajam dan ia sentiasa dibuka setiap hari kecuali Jumaat bermula dari 6.30 pagi hingga 10 pagi. Warung ini terkenal dengan Roti Jala Giantya! Banyak review telah memberikan komen yang hebat tentang tempat ini. Untuk maklumat lanjut tentang warung, klik pautan di bawah.
https://purpledurian.my/food-review/port-makan-tepi-sawah-di-kangar-perlis-dah-viral-warung-tepi-sawah/

Warung Family Corner (facebook.com)
Warung Family Corner (facebook.com)

Menu

Roti Jala Giant

Roti Jala Giant (facebook.com)
Roti Jala Giant (facebook.com)

Giant? Biar betul? Ya betul! Roti jala giant ini boleh membuat perut korang berasa kenyang. Bukan itu sahaja, korang juga boleh memilih sama ada mahu makan dan celup dengan kari ayam atau kari daging. Sedapnya!

Nasi Lemak

Nasi Lemak (facebook.com)
Nasi Lemak (facebook.com)

Bercakap tentang makanan tradisional kami, korang pasti tidak boleh melupakan nasi lemak mereka! Nasi lemak di Warung Family Corner ni pasti membuatkan korang terpukau dengan kelazatannya.

Pek Nga

Pek Nga (facebook.com)
Pek Nga (facebook.com)

Urm… sedap… Melihat sahaja sudah membuatkan korang ingin memakannya! Lempeng kelapa ini pasti membuatkan korang teringin untuk memakannya lagi dan lagi! Itu hanya menunjukkan betapa lazatnya Pek Nga ni!

Kuey Teow Kerang

Kuey Teow Kerang (facebook.com)
Kuey Teow Kerang (facebook.com)

Bercakap tentang kuey teow, Warung Family Corner ada menjual sarapan jenis ini untuk korang semua. Jadi mereka yang penggemar kuey teow? Apa tunggu lagi? Rebut peluang korang dan datang ke sini cepat!

Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai jenis menu yang ditawarkan di Warung Family Corner. Kepada yang tinggal di sekitar Bukit Mertajam, inilah peluang korang untuk mencuba sarapan pagi di Warung Family Corner. Untuk maklumat lanjut tentang makanan di Bukit Mertajam, klik pautan ini.
https://purpledurian.my/makan/viral/5-tempat-yang-menyediakan-menu-rahmah-di-bukit-mertajam-pulau-pinang/

📍Lokasi

65 Mukim 11, Jalan Kebun Sireh, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
🗺️Google Map: https://goo.gl/maps/5MnRa1dBD5wuucwE8
📲Telefon: 019-450 5033
📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Warung-Family-Corner-100064228116688/

Article currated by Izzah Norsham