Pelbagai Premium Cheesecake Hanya Di Cat & The Fiddle Cakes

You are currently viewing Pelbagai Premium Cheesecake Hanya Di Cat & The Fiddle Cakes

Sekarang kalau tiada cake mesti sesuatu event tu rasa macam tak lengkap je kan. Tapi min paling suka dengan cheesecake tau dan nak jumpa cheesecake yang betul-betul sedap ni susah betul. Apapun kali ni min dah jumpa satu restoran yang memiliki cheesecake yang sedap sangat-sangat. Nama restoran ni Cat & The Fiddle Cakes dan salah satu cawangan mereka berada di Mitsui Shopping Park Lalaport. Manakala HQ mereka terletak di Kelana Jaya.

Mereka memiliki 6 cawangan di Malaysia iaitu di Kelana Jaya, Sunway Velocity, Melawati Mall, Shaftbury Putrajaya Mall, Aeon Bukit Tinggi dan Mitsui Shopping Park Lalaport. Korang mesti tertanya Halal ke? Haa jangan risau semua cheesecake ni 100% Halal tau. Korang kalau datang ke Cat & The Fiddle Cakes memang puas hati sebab makanan sedap dan interior design restoran mereka juga sangat cantik.

Cat-and-The-Fiddle-Cakes
Cat & The Fiddle Cakes (Lalaport)

Cat & The Fiddle Cakes memiliki lebih 20 jenis cakes yang boleh korang pilih dan mereka juga menyediakan perkhidmatan delivery ke rumah anda. Tapi mengikut kawasan yang berdekatan. Jadi kalau korang memerlukan cake yang urgent korang boleh guna khidmat delivery mereka dan mudah lah untuk korang nanti. Korang boleh order melalui website Cat & The Fiddle Cakes dan boleh add-on gift sekali tau.

Ini yang uniknya dengan Cat & The Fiddle Cakes tau. Korang si food hunter kalau nak cari cake yang best lagi dan juga ada pemandangan yang menarik korang boleh baca artikel ni. Mesti ni next location korang selepas Cat & The Fiddle Cakes.
https://purpledurian.my/makan/chocacake-makang-cake-sambil-layan-view-pantai/

Menu

1. Pandan Gula Melaka (RM129.00)

Pandan Gula Melaka
Source: Cat & The Fiddle Cakes Website

Pandan Gula Melaka Cake adalah best seller pada bulan ini. Ramai yang order dan beri rating yang tinggi untuk cake ni tau. Cake ini adalah non-baked cake kerana mereka menggunakan cream cheese yang dicampur dengan pandan. Kemudian cream cheese diletakkan di atas sponge cake gula melaka. Ia dilengkapkan dengan topping gula melaka dan taburan kelapa parut.

2. Classic New York (RM99.00)

Classic-new-york
Source: Cat & The Fiddle Cakes Website

Classic New York adalah cheesecake pertama yang dikeluarkan oleh Cat & The Fiddle Cakes. Ini adalah cheesecake yang selalu kita nampak dimana di bawah cream cheese ada diletakkan graham crust. Bagi min, min lagi suka classic cheesecake macam ni sebab rasa cheese dia sangat authentic.

3. The Great Date (RM147.00)

kurma-cheesecake
Source: Cat & The Fiddle Cakes Website

Sempena Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi Cat & The Fiddle Cakes telah mengeluarkan satu cake yang menggunakan 100% pes kurma yang premium dari Arab Saudi tau. Cake ni kalau korang nak tahu dia ada 2 layer, layer bawah sekali adalah moist date sponge manakala layer kedua adalah baked date cheesecake. Ditambah pula dengan topping yang sememangnya creamy dan crunchy. Wajib masuk dalam list untuk bulan puasa nanti.

Korang semua boleh dapatkan cake ini di website Cat & The Fiddle Cakes atau boleh datang ke cawangan mereka. Untuk pengetahuan korang, Cat & The Fiddle Cakes adalah partner restaurants dengan Club Cari Makan tau. Jadi kepada member Club Cari Makan korang boleh datang sini dan dapatkan harga diskaun 10% atau offer deals yang disediakan.

Location
📍 Cat & The Fiddle Cakes (Lalaport)

LG1-13A, Lower Ground One, Mitsui Shopping Park LaLaport, Bukit Bintang, 2, Jln Hang Tuah, Kuala Lumpur City Centre, 55100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/MMLmESXuxG7oBbei6

📲Facebook: https://web.facebook.com/catandthefiddlemy/?_rdc=1&_rdr
📲Instagram: https://www.instagram.com/catandthefiddlemy/?hl=en
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@catandthefiddlecakes