Nasi Ganja – Tarikan Utama di Warung Cafe Ibu Kampung Ranggu

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden / Viral
  • Reading time:6 mins read
You are currently viewing Nasi Ganja – Tarikan Utama di Warung Cafe Ibu Kampung Ranggu

Warung Cafe Ibu yang terletak di Batu 8, Jalan Ranggu ini menyajikan menu unik kepada warga Tawau dan sekitarnya. Bukan itu sahaja, terdapat juga hidangan makanan lain yang patut anda cuba di sini.

Nasi Ganja - Tarikan Utama di Warung Cafe Ibu Kampung Ranggu
Facebook: Cafe Ibu, Kampung Ranggu

Dikenali dengan nama warung cafe, sudah semestinya ia adalah warung tetapi juga terasa seperti dalam cafe bila anda masuk ke warung cafe ini. Dengan suasana kampung, tempat ini amat menarik untuk dikunjungi. Kebiasaanya, warung ini beroperasi pada pukul 11 hingga 5 petang. Sebelum itu, min nak share kedai kopi yang anda patut cuba kalau nak rasa mee tauhu yang sedap sambil minum kopi di Tawau.
https://purpledurian.my/makan/kedai-kopi-mee-tauhu-tawau-restoran-mee-viral-yang-mesti-anda-kunjungi/

Warung Cafe Ibu menyajikan pelbagai hidangan berasaskan nasi ganja. Pengunjung boleh membuat pilihan untuk mendapatkan nasi ganja kahwin dua atau kahwin tiga. Menarik bukan? Minuman yang disediakan juga sangat pelbagai. Anda boleh memilih coffee drink atau signature drink. Selain itu, terdapat juga nasi lalap, mee dan mihun. Min share beberapa menu yang anda patut cuba.

Menu Nasi Ganja
MENU
Facebook: Cafe Ibu, Kampung Ranggu

MAKANAN

1. Nasi Ganja Daging Telur Mata (RM 16-25)

Nasi Ganja Tawau
Facebook: Cafe Ibu, Kampung Ranggu

Waa nampak sedap kan?Kalau anda jenis tak makan banyak, saiz hidangan ini sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Anda juga boleh add-on lauk yang pelbagai. Untuk add-on lauk, boleh pilih set nasi ganja kahwin dua atau nasi ganja kahwin tiga. Netizen yang datang ke Warung Cafe Ibu kata memang nasi ganja di sini sedap-sedap. Nah min share antara review pengunjung yang datang ke sini. https://youtu.be/uIlYUMhvXB0

2. Nasi Goreng Pattaya (RM 7.50)

Nasi Goreng Pattaya
Facebook: Cafe Ibu, Kampung Ranggu

Jangan risau, selain nasi ganja juga ada nasi goreng pattaya. Harga ini sangat berbaloi, serendah RM 7.50, anda dapat menikmati nasi goreng pattaya di Warung Cafe Ibu. pengunjung yangdatang kesini pun bagi lima bintang.

Review Netizen
Review Netizen

3. Caramel Macchiato (RM 10-11)

Caramel Macchiato
Facebook: Cafe Ibu, Kampung Ranggu

Di Warung Cafe Ibu juga menyediakan minuman untuk anda pengemar cofffee. Untuk anda yang tidak tahu apa itu Caramel Macchiato, ia adalah sejenis minuman berasaskan coffee yang dicampur dengan sedikit vanilla syrup dengan toping caramel drizzle. Sambil minum coffee, anda boleh rehatkan minda dengan suasana kampung di Warung Cafe Ibu.

4. Kopi Kopiewai (RM 11)

Kopi Kopiewai
Facebook: Cafe Ibu, Kampung Ranggu

Yang lebih menarik, di sini juga ada minuman yang anda tak dapat ditempat lain. Kopiewai adalah kopi dan signature drink dari Warung Cafe Ibu. Anda patut cuba datang ke sini menikmati sendiri keunikan di Warung Cafe Ibu. Tapi kalau anda berada di Terengganu dan cari port ngopi yang best, boleh baca artikel min share ni.
https://purpledurian.my/makan/port-ngopi-best-di-chinatown-terengganu/

REVIEW

Bagi min, Warung Cafe Ibu memang patut ada dalam wish list anda. Walaupun kawasannya terletak di pinggir jalan, tetapi Warung Cafe ini amat sesuai dikunjungi bersama rakan-rakan anda yang inginkan suasana makan di kampung. Makanan pun sedap-sedap. Harga juga berpatutan. Jemput semua datang cuba dan komen!

LOCATION

📍Warung Cafe Ibu

Kampung Ranggu Batu 9, Tawau, Sabah
🗺Google maps: https://goo.gl/maps/HDmYzitSxUvNujUH6
📞Phone: (013-8149203)
📲Facebook: https://www.facebook.com/cafeibutawau?mibextid=LQQJ4d