Nasi Cikgu Sue, Nasi Ala-Ala Kak Wok Best Selling di Ampang!

You are currently viewing Nasi Cikgu Sue, Nasi Ala-Ala Kak Wok Best Selling di Ampang!

Siapa kat sini yang suka makan nasi ayam cincang? Atau panggilan famous nya Nasi Kak Wok. Haaaa kali ni min nak review original resipi dari Nasi Kak Wok juga iaitu Nasi Cikgu Sue.

Nasi Cikgu Sue terletak di Jalan Kolam Ayer Lama, Ampang. Dibuka setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 8 malam. Restoran ini mula diasaskan oleh seorang guru yang mesra dipanggil Cikgu Sue. Beliau mempelajari resipi asli nasi Kak Wok daripada Allahyarham “Kak Wook” di Kota Bharu, Kelantan lebih 10 tahun yang lalu.

Kedai Nasi Cikgu Sue di Ampang
Kedai Cikgu Sue ayng terletak di Jalan Kolam Ayer Lama, Ampang. Sumber: nasicikgusue.business.site

Mereka menggunakan campuran nasi tempatan dan nasi wangi dari Thai, ayam goreng kunyit yang digoreng panas, kuah kari yang sedap dan sambal yang cukup pedas untuk mencuit selera anda semua.

Menu

1. Nasi Cikgu Sue (RM6 – RM10)

Nasi Cikgu Sue atau Nasi Biasa
Nasi Cikgu Sue atau lebih senang untuk dipanggil nasi biasa kerana inilah signature bagi kedai mereka. Sumber: nasicikgusue/ Instagram

Ini lah dia signature menu dari Nasi Cikgu Sue sendiri, nasi putih dihidangkan bersama ayam goreng yang dicincang, kuah gulai istimewa dan sambal belacan.

2. Nasi Berlauk Ikan (RM6 – RM10)

Nasi berlauk ikan
Nasi berlauk ikan. Sumber: nasicikgusue/ Instagram

Ini pula bagi yang suka makan nasi dengan ikan. Nasi putih dihidang bersama gulai ikan tongkol serta sambal belacan.

3. Mee Goreng Daging (RM8 – RM13)

Nasi Goreng Daging
Nasi Goreng Daging juga antara yang best selling di kedai Nasi Cikgu Sue. Sumber: nasicikgusue/ Instagram

Selain dari nasi, Nasi Cikgu Sue juga menyajikan mee goreng beserta daging sebagai lauk yang utama untuk menu ini

Review

Mana yang dah lama cari nasi ayam cincang ini boleh lah singgah di Nasi Cikgu Sue yang bertempat di Ampang. Rata rata review yang min baca pun semua cakap sedap dan puas hati dengan ayam dia digoreng panas panas, portion ayam pun tak kedekut untuk setiap bungkusan. Memang recommended lah senang cerita!

📍 Location

Nasi Cikgu Sue,

13 & 14, Medan Selera Bunga Tanjung,

Jalan Kolam Ayer Lama,

68000 Ampang, Selangor

Phone: 011 5635 6122

Website: https://nasicikgusue.business.site/

Instagram: https://www.instagram.com/nasicikgusue

Facebook: https://www.facebook.com/nasicikgusue/

Twitter: https://twitter.com/nasicikgusue?lang=en