Hari ni min nak share dekat korang nasi buluh yang viral dan menjadi tempat wajib untuk singgah bagi konvoi penunggang motosikal. Haa.. restorannya adalah Nasi Bamboo Sg Klah yang terletak di Sungkai, Perak. Restoran ini sangat viral dari dulu hingga sekarang kerana mereka menyajikan pelbagai jenis lauk bersama nasi di dalam buluh. Keunikan restoran ini telah menarik perhatian ramai orang untuk datang.
Ramai kawan-kawan min singgah sini selepas konvoi tau sebab lauk yang mereka sajikan sangat banyak sampai tak tahu nak pilih yang mana. Kawasan restoran ini juga sangat besar dan selesa. Meja yang mereka sediakan juga besar dan panjang sesuai untuk pelanggan yang datang secara berkumpulan.
Korang yang nak cuba tengok suasana dan nak tengok makanan apa yang ada di Nasi Bamboo Sg Klah boleh tengok food review dari netizen di sini. Memang banyak sangat menu dia dan bukan sahaja ada lauk pauk tempatan tapi menu seperti bakar-bakar pun ada tau. Mereka juga ada banyak jenis roti yang dibuat fresh setiap hari.
Korang yang mana nak cari makanan tradisional dan makanan tempatan di tempat lain boleh juga baca artikel ini, mana tahu korang berkenan nak datang ke sini pula selepas datang ke Nasi Bamboo Sg Klah.
https://purpledurian.my/makan/hotoh-cafe-menikmati-warisan-makanan-tradisional-di-waktu-petang/
Menu Nasi Bamboo Sg Klah
1. Lala Masak Merah
Lauk yang menjadi kegemaran ramai pelanggan yang datang ke restoran ini. Ini antara lauk yang akan cepat habis kalau korang lambat tau. Lebih-lebih lagi pada waktu cuti sekolah atau hujung minggu memang cepat habis. Maklumlah portion untuk semua masakan ni pun banyak sangat.
2. Pajeri Terung dan Pajeri Nenas
Pajeri terung dan pajeri nenas juga ada di Nasi Bamboo Sg Klah. Peminat pajeri tak perlu risau lauk ni adalah lauk wajib di restoran ni. Makan pajeri dengan nasi buluh panas-panas memang terbaik !
3. Ikan Patin Masak Tempoyak
Haa… mana peminat ikan patin masak tempoyak meh datang ke restoran ini. Tak payah nak lepas craving jauh sampai ke Pahang sebab di Sungkai, Perak pun dah dapat ikan patin masak tempoyak yang kaw punya.
Bagi min Nasi Bamboo Sg Klah ni sangat sesuai untuk bawak family dan kawan-kawan makan ramai-ramai. Lauk pun banyak, nasi pun special dan dessert pun ada weh. Korang yang mana nak datang rasa makanan tempatan dekat sini boleh datang. Restoran ini buka setiap hari kecuali hari Jumaat dan buka pada jam 10.30 pagi hingga 6 petang.
Kepada yang nak cuba datang ke sini jangan lupa register Club Cari Makan sebab boleh dapat diskaun 10% tau kalau makan di Nasi Bamboo Sg Klah. Murah dan berbaloi sangat dengan diskaun yang korang dapat ni.
Location
📍 Nasi Bamboo Sg Klah
Jalan Besar Sungkai – Slim River, Kampung Buloh Telor, 35600 Sungkai, Perak
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/9pkt1GRjMbVDTDzf9
📲Facebook: https://www.facebook.com/izadahmad313/?locale=ms_MY
📲Instagram: https://www.instagram.com/nasibamboosgklah/