Dalam dunia ni siapa je tak minat lotus biscoff, betul tak? Sejak dua menjak ni memang trending sangat lotus biscoff ni sampai semua benda pun nak buat flavour ni. Penggemar-penggemar bisvoff mesti teruja dengan keluaran terbaru Tealive ni!
Tealive telah melancarkan Lotus Biscoff Crunch baru-baru ini, khas untuk semua penggemar biscoff tau! Ada 3 jenis minuman yang hadir dalam siri ini iaitu Lotus Biscoff Crunch Smoothie, Oat Milk Lotus Biscoff Crunch dan Mango Lotus Biscoff Crunch. Wah, menariknya flavour mango gabung dengan biscoff, min tertanya-tanya macam mana rasa dia. Hmm, nampaknya memang kena try lah ni!
Tealive kata gabungan biscoff yang crunchy dengan minman mereka mesti buat korang semua mengigau-igau selepas try, betul ke ni? Kalau nak tahu kesahihan ini, wajib la serbu Tealive sekarang. Jom! Available di seluruh cawangan Tealive di Malaysia.