Lebih 20 Jenis Homemade Burger Disediakan Hanya Di KGB

You are currently viewing Lebih 20 Jenis Homemade Burger Disediakan Hanya Di KGB

Killer Gourmet Burgers atau KGB adalah satu restoran yang sangat viral dulu hingga kini. KGB adalah tempat makan kasual untuk mereka yang inginkan tempat untuk berbual sambil menikmati burger dan juga snacks di sini. Semua burger yang mereka sajikan adalah homemade bermula dari roti, patty sehingga ke sauce yang mereka gunakan. Mereka juga menggunakan 100% daging lembu dari Australia tapi jangan risau daging ini semuanya halal. KGB menggunakan 100% bahan yang halal untuk buat burger tau.

Korang yang vegetarians pun boleh datang ke sini sebab mereka juga menyediakan burger khas untuk vegetarians tau. Terdapat 4 jenis burger untuk korang pilih. Selain itu, bagi min tempat makan di KGB ni sangat selesa tau sebab besar dan luas. Seronok kalau dapat ajak kawan-kawan datang ke sini sekali.

KGB Bangsar
Souce: KGB Bangsar Google

Ini adalah KGB cawangan Bangsar. Tempatnya sangat selesa dan sesuai dengan vibes America kan. Best betul kalau dapat makan sambil borak-borak dengan kawan. Disini mereka juga menyajikan pelbagai jenis makanan dan minuman selain burger iaitu KGB fries, killer wings, speciality fries, milkshakes, cream soda, dan special drinks. Semua makan dekat sini sedap-sedap tau korang. Korang memang wajib try sebelum tu cuba korang tengok video food review ni.

Haa.. peminat burger mesti nak cuba pelbagai jenis burger kan. Min tahu korang akan cari restoran burger yang betul-betul kena dengan tekak korang. Disebabkan itu, min cadangkan korang baca artikel ni. Mana tahu ni next location korang pula.
https://purpledurian.my/makan/moden/syurga-buat-peminat-burger-di-burger-on-16/

Menu KGB

1. Nasi Lemak Burger (RM22.80)

Nasi Lemak Burger
Source: KGB Instagram

Kalau betul-betul Malaysian mesti lah kena ada menu nasi lemak kan. Tapi kali ni KGB bawa kan kelainan dengan membuat Nasi Lemak sebagai burger. Mereka telah reka khas ayam berempah yang juicy sebagai patty dan sambal sebagai sauce burger itu. Wah unik betul idea KGB ni.

2. The Jabba (RM49.90)

The Jabba
Source: KGB Instagram

The Jabba adalah burger daging dimana mereka buat sendiri patty nya dan ditambah dengan bawang karamel, cendawan yang juicy, beef bacon serta cheese yang sangat banyak. Portion untuk burger ni boleh makan 2 orang tau sebab besar sangat.

3. JMC Egg (RM18.50)

JMC Egg
Source: KGB Instagram

Meh min kenalkan JMC Egg ini untuk mereka yang vegetarian. Menu ini sesuai untuk korang sebab tiada menggunakan daging pun. Burger ini memiliki deep-fry mac & cheese, kepingan jalapeno, chipotle mayo, dan protein iaitu telur.

Sedap-sedapnya burger dekat KGB ni korang buatkan min terliur je tengok burger mereka. Burger mereka sangat besar dan juicy sangat. Memang kena dengan tekak min. Korang yang datang ke KGB boleh tengok dulu website mereka untuk tahu buka pukul berapa mengikut cawangan.

  • KGB Bangsar
  • KGB TTDI
  • KGB IOI Putrajaya
  • KGB Gardens Midvalley
  • KGB Pavilion KL
  • KGB Subang SS15
  • KGB Courtyard Cyberjaya

Kalau korang nak dapatkan diskaun 10% semasa makan di KGB boleh register membership dengan Club Cari Makan. Banyak offer Club Cari Makan nak bagi dekat korang.

Location
📍 KGB Bangsar

23, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/Pm4Vf1Gh7WvHoVgp8

📲Facebook: https://www.facebook.com/KGB.Killer.Gourmet.Burgers/
📲Instagram: https://www.instagram.com/kgb.killer.gourmet.burgers/?hl=en
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@killer.gourmet.burgers