US Pizza – Buffet Pizza Pertama di Malaysia Sempena Ramadan

  • Post author:
  • Post category:Makan
  • Reading time:9 mins read
You are currently viewing US Pizza – Buffet Pizza Pertama di Malaysia Sempena Ramadan

US Pizza, francais pizza yang membuka cawangan pertamanya di Malaysia pada tahun 1997 ini merupakan restoran pizza yang digemari ramai kerana bahan-bahan premium yang digunakan. Selain daripada itu, US Pizza ini banyak mempunyai pelbagai jenis pizza yang unik seperti ‘Penang Special’ dan ‘Tom Yum Chicken Delite’. US Pizza ini juga dikenali dengan ‘Sos Duncan’ mereka iaitu sos yang dicipta oleh En. Duncan, pemilik US Pizza yang menghasilkan resipi doh dan sos tomatonya sendiri. Kini, terdapat lebih daripada 40 cawangan US pizza di Malaysia. Memang patutlah disukai orang ramai kan.

Oh by the way, korang tahu tak US Pizza ni pun pernah kolaborasi dengan Chef tersohor Malaysia iaitu Chef Wan. Gempak kan? Kalau korang nak tengok video tu boleh klik di sini ya.

Buffet Ramadan US Pizza

Bila nak dekat bulan puasa ni, mestilah buffet ramadan yang menjadi pilihan hati orang ramai kan. Baru baru ini, US Pizza telah melancarkan buffet bertemakan ‘all you can eat’ pizza buffet sempena bulan Ramadan yang akan datang ini. Selalunya di buffet ramadan kita disajikan pelbagai jenis makanan yang bertemakan makanan tradisional daripada appetizer sampailah pencuci mulut. Tapi kali ini US Pizza memperkenalkan buffet Ramadan khas untuk peminat pizza. Bayangkan korang boleh makan segala jenis pizza tanpa limit, fuh syurga!

Daripada signature pizza mereka sehinggalah pizza mereka yang lain, semua korang boleh makan. Unlimited. Bukan setakat pizza je tau, banyak lagi makanan lain yang ada seperti spaghetti (berserta saus yang korang boleh pilih sendiri), makanan ringan seperti fries dan onion rings, garlic bread, cinnamon twists, salad, pencuci mulut, minuman yang menyegarkan dan banyak lagi! Confirm kenyang.

Sumber: Penangfoodie (IG)

Yang paling penting, harga untuk early bird cuma RM 39 je tau! Mana nak dapat buffet semurah tu sekarang kan?

Cara Membuat Reservasi

Untuk pergi ke buffet ini, korang kena buat reservasi tau. Ikuti langkah di bawah:

  1. Muat turun aplikasi US Pizza di telefon bimbit anda
  2. PIlih bufet Ramadan untuk membuat reservasi
  3. Pilih lokasi, tarikh, waktu dan bilangan orang
  4. Pastikan simpan QR kod yang diterima
  5. Tunjukkan QR kod kepada pekerja US Pizza apabila anda sampai di restoran

Haa, senang je kan? Boleh lah bawak keluarga dan rakan rakan untuk iftar di sini nanti. Promosi ini cuma sepanjang bulan Ramadan je tau iaitu dari 22 Mac sehingga 21 April 2023 sahaja. Jangan lupa datang! Oh kalau korang ni memang peminat bufet Ramadan, Min ada artikel yang korang boleh baca untuk tahu bufet ramadan di bawah RM 100! Boleh klik artikel ini ya.

Harga

RM 39 (Dewasa)
RM 19.50 (Kanak-kanak)
*Harga ini sah untuk pembelian sebelum 21 Mac 2023

Lokasi

📍 US Pizza (Outlet terpilih sahaja)
Bufet Ramadhan US Pizza boleh didapati di semua cawangan yang disenaraikan di bawah:

Penang:

  1. Greenlane
  2. Bukit Mertajam
  3. Raja Uda
  4. Simpang Ampat
  5. Summerton, Bayan Lepas
  6. Landmark, Tanjung Tokong
  7. Chulia Street

Kedah:

  1. Sungai Petani
  2. Alor Star
  3. Kulim

Perlis:

  1. Kangar

Perak:

  1. Station 18
  2. Ipoh Simee
  3. Taiping
  4. Tanjong Malim
  5. Teluk Intan
  6. Kampar
  7. Sitiawan
  8. Tapah
  9. Meru

KL/Selangor:

  1. Jalan Ampang
  2. Sri Petaling
  3. SS15, Subang Jaya
  4. SS2
  5. Rawang
  6. Pandan Indah
  7. Kota warisan – Sepang
  8. Seri Kembangan
  9. Dang Wangi
  10. Banting
  11. Puncak Alam
  12. USJ Taipan
  13. Brickfield
  14. Kuala Selangor
  15. Subang Perdana
  16. Semenyih
  17. Bangi
  18. Kota Kemuning
  19. Prima Saujana

Pahang:

  1. Jerantut
  2. Temerloh

Melaka:

  1. Ayer Keroh
  2. Taman Cheng Baru
  3. Kota Laksamana

Negeri Sembilan:

  1. Centrio Avenue, Seremban 2
  2. Senawang

Johor Bahru:

  1. Skudai
  2. Kulai
  3. Mount Austin
  4. Batu Pahat
  5. Taman Universiti Skudai
  6. Setia Tropika

Sabah:

  1. Bundusan, Penampang

📆 22 Mar – 21 Apr 2023
📆 Sesi: 6:30 PM – 8:30PM
8:30 PM – 10:30 PM

📱Facebook : US Pizza Malaysia

📱Instagram : @uspizzamalaysia

Artikel ini ditulis oleh Nuha Azaha.