Top 5 Buffet Berbuka Puasa di Putrajaya

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:7 mins read
You are currently viewing Top 5 Buffet Berbuka Puasa di Putrajaya

Salam ramadan! Ni min nak bagi recommendation pelbagai tempat untuk berbuka di buffet dekat area Putrajaya kalau korang teringin nak berbuka dengan pelbagai juadah enak! Ada banyak tempat yang korang boleh pilih ikut kesesuaian dan bajet korang. Kalau nak tahu lebih lanjut, baca sampai habis.

1. Marriott Hotel Putrajaya

Sumber: Eatigo

Kalau korang nak rasai pengalaman makanan di hotel 5 bintang, mesti pergi ke Marriott Hotel Putrajaya dan mengalami buffet Ramadhan mereka! Lebih daripa 100 hidangan tradisional Melayu dan Asia Tenggara akan dihidangkan. Daripada sushi ke kuih muih, mesti ada yang mengikuti cita rasa korang!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/6hNXGYHDbQFoEKEg8

2. Umai Cafe Putrajaya

Sumber: Tripadvisor

Umai Cafe menawarkan iftar buffet sempena bulan Ramadhan ini! Daripada RM55 untuk seorang dewasa, mereka menghidang pelbagai menu tradisional Malaysia seperti nasi campur, ayam goreng berempah, ayam goreng masak merah, laksa, mee rebus dan banyak lagi! Mereka juga ada pencuci mulut seperti ABC! Mesti try!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/i7hJ31ZWTDxXnDjF8

3. GLOW Putrajaya

Sumber: FB GLOW Putrajaya, Jom Jalan

GLOW Putrajaya menawarkan pengalaman yang lain daripada yang lain dengan berkonsepkan glamping di sekitar alam semula jadi yang menakjubkan di Bukit, Tasik Terpegun, Denai dan hutan simpan dilindungi UNESCO. Untuk bulan Ramadhan ni, mereka menawarkan buffet yang serendah RM58 per dewasa kalau korang tempah awal! Mereka menghidang pelbagai makanan tempatan dan makanan western juga ada.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/AucPqo9ApnhKkkJz9

4. Le Méridien

Sumber: Eatigo, Tripadvisor

Le Méridien menawarkan buffet yang sangat selesa dan tertarik menarik dengan hidangan autentik Malaysia, so korang bolehlah berbuka sini dengan teman-teman korang dengan banyak pilihan!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/dpDVoNLoyCDn94zK6

5. Continents @ Sama Sama Hotel

Sumber: Sama Sama Hotel, Eatigo

Nikmati pelbagai makanan tradisional dan western menyelerakan di Continents di tempat besar, moden dan selesa! Ada banyak lauk pauk disediakan untuk korang nikmat, daripada pastri ke rendang ayam. Mesti mengikuti cita rasa semua!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/Tc6vrtKXALqmjSYS7

Artikel oleh Farzana Iwani