Top 15 Tempat Berbuka Puasa di Kawasan Subang Jaya

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:21 mins read
You are currently viewing Top 15 Tempat Berbuka Puasa di Kawasan Subang Jaya

Ramadan menjelang Malaysia sekali lagi! Hari ni min nak bawak korang gi Subang Jaya dan tengok pelbagai restoren yang mungkin korang minat untuk berbuka sempena bulan mulia ni.

1. Food Bazaar

Food Bazaar
Sumber: Eat Drink KL

Food Bazaar ada menghidang banyak makanan unik. Ada banyak jenis makanan dari seluruh dunia termasuk Korea, Jepun, Indonesia, Arab, dan banyak lagi! Kalau korang nak makanan tempatan pun mesti ada jugak! Kalau teman-teman korang tak tahu nak makan apa untuk berbuka, bawak je diorang gi sini! Kedai ni berkonsepkan food court dan korang boleh je order dan makanan akan terus dihantar ke meja korang.

Google Map: https://maps.app.goo.gl/xotkqZd2U6uBd8FN71

Alamat: Jalan Dinar U3/D, Taman Subang Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor

Instagram: https://www.instagram.com/foodbazaarmalaysia/

Facebook: https://www.facebook.com/foodbazaarmalaysia/

Phone: 0129218302

2. Warong Samad

Korang boleh menikmati FoodAdvisor & BestFood rated “Most underrated buttermilk chicken in SS15” buttermilk chicken kat tempat ni! Kalau nak menu tempatan, boleh juga try daging salai masak lemak (itik pun ada!) dan makanan lain yang serius sedap dengan portion yang banyak! Warong Samad menghidang pelbagai variasi makanan tempatan dengan harga yang berpatutan.

Google Map: https://maps.app.goo.gl/ZCWFG6kQJnVHxNze9

Alamat: NO. 42, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Instagram: https://www.instagram.com/warongsamad/

Facebook: https://www.facebook.com/warongsamad/

Phone: 0182379811

3. Warung Cikgu

Warung Cikgu
Sumber: Flickr

Kalau korang ada rasa ingin nak berbuka dengan Nasi Manggey, Warung Cikgu juga satu pilihan yang korang boleh pilih. Diorang punya kari memang terbaik! Mesti try kalau korang dekat Subang.

Google Map: https://maps.app.goo.gl/9YrbMpiFbuRFtPTCA

Alamat: No 43, Jalan USJ 1/1c, Regalia Business Centre, 47500 Subang Jaya, Selangor

Instagram: https://www.instagram.com/warungcikgu/?hl=en

Phone: 01128285752

4. Kafe Bawang Merah

Kalau korang nakkan hidangan masakan Melayu, Kafe Bawang Merah satu pilihan untuk korang. Ruang diorang selesa dan berhawa dingin, mesti syok! Menu diorang ada mee rebus, cucur udang, nasi campur, laksa dan banyak lagi yang pasti dapat memuaskan korang.

Google Map: https://maps.app.goo.gl/YNZN6MYHpXAzkuSM8

Alamat: 12A, Jalan SS 12/1b, Ss 12, 47500 Subang Jaya, Selangor

Facebook: https://www.facebook.com/kafebawangmerahsubang/

Phone: 0356216100

5. Rasa Lama @ SS15 Subang

Rasa Lama
Sumber: Rasa Lama

Ramadan tahun ini memerlukan sambutan istimewa, dan Rasa Lama menjadikannya satu Ramadan untuk diingati.

Saksikan kesenian masakan chef secara langsung, dan nikmati hidangan bufet yang meluas, di atas 80 hidangan, iaitu masakan tempatan dan Barat. Makanan istimewa termasuklah seekor kambing yang dipanggang di atas BBQ, dimasak perlahan dengan sos mint dan rosemary. Makanan yang harus dicuba termasuklah Daging Masak Briyani, Kepah Masak Kari Hijau, Ayam Masak Merah dan Ais-krim Malaysia. Ketua tukang masak, Ashraff, mempersembahkan pilihan 10 sambal buatan sendiri, menambah perisa rasa kepada setiap hidangan.

Buat tempahan sebelum 15 Mac dan nikmati hidangan istimewa harga promosi RM180 nett untuk 2 pax. Harga biasa adalah RM98 setiap dewasa dan RM49 setiap kanak-kanak (5-12 tahun).

Google Map: https://maps.app.goo.gl/sGP23HihPxBFaPbt9

Alamat: 9G, Jalan SS 15/7, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Instagram: https://www.instagram.com/rasalama.restaurant/?hl=en

Facebook: https://www.facebook.com/rasalama.restaurant/

Website: https://www.rasalama.com/

Phone: 0356114321

Buffet Ramadan Rasa Lama
Buffet Ramadan Rasa Lama

6. Mafioso Shellaut

Mafioso Shellaut
Sumber: Foursquare

Tempat ni must try kalau korang teringin makan shell out! Makanan laut berlimpah menanti korang kalau korang pergi makan dekat sini. Jangan segan kalau comot, sebab shell out memang macam ni!

Google Map: https://maps.app.goo.gl/FSicRmncU6gyZ3if6

Alamat: 521, Persiaran Kosmos, Subang 2, 40150 Shah Alam, Selangor

Instagram: https://www.instagram.com/mafioso_shellaut/?hl=en

Phone: 0175659525

7. Nasi Lemak Warisan Sambal Opah

Nasi Lemak Warisan Sambal Opah
Sumber: Tripadvisor

Nak makan nasi lemak untuk berbuka? Tempat ni memang popular untuk nasi lemak diorang! Sambal ikan bilis diorang memang padu dan terbaik. Memang puas hati! Lauk sampingan juga mereka sediakan macam sambal sotong dan pau goreng.

Google Map: https://maps.app.goo.gl/T8vYEQfFMK6vf8Ys7

Alamat: 2-1, Jalan USJ 9/5p, Subang Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor

Phone: 0129761116

8. Jibril SS15

JIBRIL ni memang unik dan lain daripada yang lain. Dengan berkonsepkan speakeasy bar, diorang memang kreatif dengan rekaan dalaman restoren! Jangan tersilap restoren ni dengan bar. Sebenarnya, mereka menghidang pelbagai makanan western yang kena dengan tekak orang Malaysia. Dari butter chicken ke chicken marsala dan lobster, kalau korang teringin nak makanan western, mesti try.

Google Map: https://maps.app.goo.gl/oXU4ho6URJU9pJdu9

Alamat: 25, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Instagram: https://www.instagram.com/jibrilss15/?hl=en

Facebook: https://www.facebook.com/jibrilss15/

X: https://twitter.com/jibrilss15

Phone: 0174884300

9. Murni Discovery USJ 9

Murni Discovery USJ 9
Sumber: FoodAdvisor

Tak tentu nak makan makanan tempat atau western? Di sini ada pelbagai variasi makanan yang korang boleh cuba. Dari nasi ayam masak sambal hijau, mee raja tom yam ke sizzling chicken chop, mesti ada makanan yang boleh mengujakan korang!

Google Map: https://maps.app.goo.gl/uqdBh1VhBofxT4Bh7

Alamat: 39-1 & 41, 1, Jalan USJ 9/5p, Subang Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor

Instagram: https://www.instagram.com/murnidiscovery/?hl=en

Phone: 0177557308

10. Hot Bird SS15 Subang Jaya

Hot Bird SS15 Subang Jaya
Sumber: Gorillameshi

Peminat ayam goreng mesti try Hot Bird! Restoren ni terkenal dengan ayam goreng stail Nashville yang pedas! Boleh dapatkan kombo set dengan french fries, roti putih dan air coke kalau nak lebih kenyang. Memang rangup and terbaik!

Google Map: https://maps.app.goo.gl/6oZ32Lsi7yqLpCjN9

Alamat: 25, Jalan SS 15/4, SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Facebook: https://www.facebook.com/Hotbird.Malaysia
Instagram: https://www.instagram.com/hot_bird_malaysia/?hl=en

11.  Serai @ Empire

 Serai @ Empire
Sumber: FoodAdvisor

Restoran ini menyajikan pelbagai hidangan masakan Melayu, Barat, dan Fusion macam penne rendang daging, nasi ambeng, nasi ulam, satay dan banyak lagi. Semuanya sedap dan sungguh enak mengikut tekak orang Malaysia!

Google Map: https://maps.app.goo.gl/eKYCHiboKSBFGE7i6

Alamat: LG37, Empire Shopping Gallery, Jalan SS16, 47500 Subang Jaya, Selangor

Instagram: https://www.instagram.com/serairestaurants/?hl=en

Phone: 0356113200

12. KOTAK Plus SS15

Nak makanan Indonesia yang menarik dan pedas? Mari ke KOTAK Plus di SS15! Wajib korang try ayam geprek yang viral dan sungguh pedas! Kalau tak nak pedas pun boleh pilih tahap kepedasannya. Mesti cuba!

Google Map: https://maps.app.goo.gl/VzpVfE9eFzSYAcPm7

Alamat: 10, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Instagram: https://www.instagram.com/kotakplus/?hl=en

Website: https://kotakplus.com/

Phone: 0356117778

13. Garage 51

Sumber: Adeline Lee

Garage 51 merupakan restoran dan kafe yang berkonsepkan ruang terbuka dengan dekorasi yang segar dan berkonsepkan reka bentuk industrial. Sungguh cantik! Mereka juga menawarkan pelbagai makanan barat dan tempatan seperti spaghetti aglio olio, mee kari. Garage 51 juga ada dessert macam milkshake dan kek pelbagai perisa.

Google Map: https://maps.app.goo.gl/nif9dxyTi72SEnyn9

Alamat: 51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor

Instagram: https://www.instagram.com/garage51my/?hl=en

Phone: 0356125618

14. Cor Blimey! British Fish & Chips @ Subang Jaya

Sumber: Cor Blimey

Bagi korang yang ingin menjamu selera berbuka puasa dengan makanan yang unik, bolehlah ke Cor Blimey! untuk menikmati pelbagai kuisin orang Britain macam fish and chips, seafood chowder, dan banyak lagi. Boleh juga mengorder sharing platter bagi korang yang suka berkongsi makanan dengan teman-teman korang.

Google Map: https://maps.app.goo.gl/XpuWfw4jyGCNM9ns6

Alamat: 23, Jalan SS 15/4, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Facebook: https://www.facebook.com/corblimeySS15/

Instagram: https://www.instagram.com/corblimey_britishfishnchips/?hl=en

Website: http://www.corblimeymy.com/

Phone: 0356113358

15. Thyme Out

Sumber: Rekreasi.my

Pelbagai hidangan Tex-Mex menanti anda di Thyme Out! Nikmati makanan seperti taco, burrito, chimichangas dan banyak lagi di restoran yang sangat unik ni.

Google Map: https://maps.app.goo.gl/SEAfiQk5wyhbC4nF7

Alamat: 66, Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Instagram: https://www.instagram.com/thymeoutkl/

Facebook: https://www.facebook.com/thymeoutkl/

Website: http://thymeoutkl.com/?utm_source=google&utm_medium=wix_google_business_profile&utm_campaign=7597878866115150413

Phone: 0358860596

Artikel oleh Farzana Iwani