Hi semua, korang mesti pernah dengar tentang Masakan masak lemak cili api. Macam-macam lauk kita boleh gunakan untuk menyediakan masakan ini. Lauk yang sering kita dengar bila melibatkan masak lemak cili api ini selalunya, ayam, daging, ketam dan juga udang. Rupanya masak lemak cili api ni, kita juga boleh guna telur dadar. Menu ni sangat simple dan sedap, jimat pula tu. Bahan-bahannya juga senang didapati. Kepada para penggemar atau pencinta Masak lemak cili api, anda boleh cuba menu ini.
Mari kita tengok resepinya!
Bahan-bahan yang diperlukan.
- Telur.
- Cili Api.
- Kunyit hidup/serbuk kunyit.
- Serai (2 tangkai).
- Santan (200 ml)
Cara-cara Memasak.
- Gorengkan telur dadar terlebih dahulu, sebelum menumis kuah.
- Kisar atau tumbuk cili api dan kunyit hidup.
- Panaskan di atas kuali kemudian letakkan air.
- Kemudian letakkan serai dua tangkai (diketuk dahulu) ke dalam kuali tadi.
- Seterusnya masukkan santan setengah kotak (boleh adjust kalau nak kuah pekat).
- Akhir sekali masukkan telur dadar yang sudah siap digoreng tadi ke dalam kuah.
Apabila lauk sudah masak, boleh lah dihidangkan bersama nasi putih. Rasanya sangat menakjubkan terutama buat pencinta masak lemak cili api.
Mudah kan? Selamat mencuba!!!
Baca juga artikel:
Artikel ini ditulis oleh Syuriana Ibrahim