Syedot ASMR: Kekal Optimis Di Dalam Kesakitan

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:3 mins read
You are currently viewing Syedot ASMR: Kekal Optimis Di Dalam Kesakitan

ASMR ataupun Autonomous sensory meridian response bunyi-bunyi yang dianggap boleh memberi reaksi menenangkan kepada seseorang. Ada yang mengalami masalah tidur seperti insomnia menggunakan ASMR untuk membantu mereka untuk tidur dan relaks. Ramai influencer yang fokus untuk membuat konten ASMR dan antaranya adalah Syedot ASMR atau nama sebenar beliau Mohamad Roshede Basri.

Sumber: TikTok

Mesti korang dah biasa dengana “Hey Guys! Kasi trademark satu kali! Syeeedot!” berserta transition ‘gegaran otak’. Tu stail Syedot ASMR. Beliau banyak buat konten mencuba aneka makanan dari restoran ataupun gerai yang viral di media sosial. Jadi, kalau korang ada nampak kedai yang viral tu, boleh singgah YouTube channel Syedot ASMR untuk tahu patut ke korang spend masa dan duit untuk ke sana.

Sumber: YouTube

Beliau memulakan karier sebagai YouTuber mukbang sejak tahun 2011 lagi dan menggabungkan konten mukbang dan ASMR dalam channel beliau. Sekarang, beliau dah ada lebih 1 juta subscribers di YouTube. Setanding dengan Che Nom gitew. Steady betul beliau makan banyak macam tu dan muat naik video 4 hari seminggu. Komited betul sampai boleh dapat Gold Play Button. Selain daripada YouTube, beliau juga aktif di Instagram dan TikTok.

Sumber: Facebook

Bukti betapa komitednya Syedot dalam membuat konten ialah bila beliau terlibat dalam satu kemalangan pada tahun 2022. Komited tu sampai boleh buat konten makan makanan hospital. Sifat beliau yang penuh optimis walaupun dalam kesakitan ni memang buat min respek. Walaupun cedera, boleh lagi membuat orang lain ketawa. Sifat Syedot yang ceria memang boleh dicontohi.

Nak tahu siapa lagi food influencer terkenal kat Malaysia, korang boleh baca artikel ni.

Artikel ini ditulis oleh Sarah Nabilah.