Korang tengah bercuti dekat penang ke tu? Orang kata penang ni syurga makanan sebab macam-macam makanan sedap ada jual dekat sana. Tapi kali ni min nak share restoran western yang best untuk korang lepak sambil selfie-selfie. Nama restoran ini adalah Don Western & Grill yang terletak di Georgetown, Penang. Min dengar restoran ni banyak makanan western yang sedap sampai menjilat jari weh. Dekat sini bukan setakat pasta je tau diorang ada juga shellout, steaks dan banyak lagi.
Restoran Don Western & Grill ni min nampak dari luar dah nampak exclusives lagi kan bahagian dalam. Bahagian dalam dia sangat luas dan selesa weh. Masuk-masuk rupanya restoran ni dua tingkat. Korang boleh lah pilih nak lepak mana luar atau dalam sebab dekat luar pun diorang sediakan meja juga tau tapi kalau hujan korang makan kat dalam ya. Tapi kalau korang nak book untuk sambut birthday, anniversary atau family gathering boleh juga tau sebab mereka akan sediakan untuk korang.
Sebenarnya min suka dekat Don Western & Grill ni sebab bukan je makanan dia sedap, presentation makanan mereka pun unik dan menarik weh. Kepada food lovers yang suka tangkap gambar makanan haa ini untuk korang. Restoran ni pun sangat popular dekat TikTok dan juga dalam kalangan artis sebab makanan dekat sini memang menarik. Tak percaya cuba korang tengok video review ni.
Korang teringin juga nak makan western & grill lepas tu nak makan lagi macam-macam jenis makanan dalam 1 restoran boleh baca artikel ni. Restoran ni memang untuk korang.
https://purpledurian.my/makan/warung-acu-1-restoran-tapi-semua-jenis-makanan-ada/
Menu Don Western & Grill
1. DON New Zealand Lamb Shoulder Chop
Korang yang penggemar kambing boleh cuba order DON New Zealand Lamb Shoulder Chop memang padu weh rasa dia. Rasa smoke dan seasoning dia memang padu. Dapat pula makan dengan salad dia memang sedap weh.
2. Incheon Korean Burger XL
Korang yang suka tengok presentation makanan mereka boleh order ni haha tak lah ni untuk penggemar ayam goreng korea tapi ini version burger. Hati-hati dengan rasa pedas dia tapi kalau campurkan dengan cheese tu rasa pedas akan berkurang dan akan jadi lebih sedap.
3. Seafood Aglio
Mana peminat italian pasta boleh order seafood aglio ni sebab seafood dia semua fresh dan udang yang mereka gunakan pun besar-besar. Memang puas makan.
Haa macam mana dengan menu yang min tunjukkan tu. Korang rasa terliur tak? Mana-mana tengah bercuti dekat Penang tu cepat-cepat pergi drive ke Don Western & Grill sebab min yakin korang tak akan menyesal punya. Restoran mereka buka setiap hari kecuali hari Isnin dan akan mula beroperasi pada jam 6 petang hingga 11.30 malam. Jadi cepat-cepat bawa kawan atau family korang ke sana sebab ni salah satu port best untuk korang lepak sambil makan-makan.
Location
📍 Don Western & Grill
3E, Jln Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/sX1gni7T47fXasaC9
📲Facebook: https://www.facebook.com/Donwesternandgrill/
📲Instagram: https://www.instagram.com/donwesternandgrill/?hl=en
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@donwesternandgrill