Siapa sini teringin nak bercuti ke Teluk Intan, Perak tapi tak tahu nak cari makanan apa yang best dekat sana. Meh sini min share dengan korang restoran yang sedap dan best untuk korang cuba datang makan. Nama restoran tersebut adalah Restoran Apong D’Hilir. Restoran ni betul-betul terletak di atas sungai tau sebab tu dipanggil restoran apong.
Makanan dekat sini pun memang sedap-sedap. Korang teringin nak makan udang galah fresh boleh datang sini. Min suggests korang order udang galah masak pedas. Memang sedap weh. Ada juga menu lain selain masakan panas contohnya menu makanan western, oden, mee udang galah dan banyak lagi. Apa yang penting masakan mereka semuanya sedap.
Apa yang menariknya sambil makan korang boleh tengok pemandangan sungai dan rasa sendiri macam mana makan di atas sungai. Tempat dia akan kuat bergoyang jika arus kuat. Kalau korang nak tengok video review boleh tengok kat sini. Nak tahu lagi banyak tempat makan menarik di Perak boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/makan/viral/nasi-bamboo-sg-klah-nasi-buluh-viral-di-sungkai-perak/
Menu Restoran Apong D’Hilir
1. Mee Udang Galah
Mee udang galah antara menu petang yang popular di restoran apong ini. Rasa pedas manis mee makan bersama udang galah yang besar memang puas hati.
2. Udang Galah Masak Pedas
Udang galah masak pedas juga antara menu yang famous dekat sini rasa pedas manis makan pula dengan nasi pedas memang ngam weh !
3. Sup Gearbox Lembu
Kalau korang nak rasa sup gearbox lembu yang sedap memang wajib try menu ni. Sup dia yang pekat dapat pula gearbox yang banyak isi memang kenyang.
Tempat menarik dan makanan sedap kena datang Restoran Apong D’Hilir. Rasa sendiri pengalaman makan di atas sungai. Mula-mula memang pening lama-lama best weh. Restoran ini buka setiap hari kecuali hari Isnin dan buka pada jam 4 petang hingga 12 tengah malam. Jom ramai-ramai datang ajak family dan kawan-kawan dekat sini.
Location
📍 Restoran Apong D’Hilir
Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak
Google maps: https://goo.gl/maps/rwZetgehJ2qMVtto9
📱 Facebook: https://www.facebook.com/p/Restoran-Apong-Dhilir-100057228349397/
📱 Instagram: https://www.instagram.com/warungtepisawah2769/?hl=en