Sajian Western Yang Sedap Belaka di Oliva Cafe Terengganu

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:6 mins read
You are currently viewing Sajian Western Yang Sedap Belaka di Oliva Cafe Terengganu

Peminat makanan Western pastinya paling teruja apabila singgah ke Oliva Café. Kafe ini pakar dalam menyajikan hidangan western yang pastinya membuat korang kecur air liur setiap kali sampai ke sini. Korang boleh menemui lokasi kafe ini yang terletak di bandar Kuala Terengganu berhampiran dengan Bulatan Batu Bersurat.

Suasana di Olive Cafe Terengganu sangat menyenangkan dan santai, dengan dekorasi yang modern untuk keselesaan korang. Kafe ini juga memiliki ruangan indoor dan outdoor yang luas untuk sambutan hari keluarga atau reunion bersama kawan kawan korang.

Oliva Cafe
Oliva Cafe

Menu yang menjadi kegilaan ramai di sini ialah Smocked Duck Spaghetti, Lamb Chop with Chicken Chermola, Beef Burger (Homemade) dan Half Chicken with Lemon & Thyme. Portion makanan di sini memang besar dan sangat berbaloi untuk korang cuba. Kalau korang suka stik, sememangnya kafe ini tempat wajib untuk korang singgah. Stik yang ada disediakan di sini ialah Angus Beef Striploin. Saiz stik di sini juga tidak kurang besar jadi korang pasti akan pulang kekenyangan. Pencuci mulut juga ada dan sama hebatnya.

Pilihan pencuci mulut yang perlu korang cuba dan sering mendapat pujian ramai pengunjung ialah Apple Crumble with Vanilla Ice Cream. Selain itu, korang juga boleh mencuba pencuci mulut lain. Antaranya ialah Bread Butter Pudding, Chocolate Brownies dan Freshly Made Doughnut. Saiz hidangan juga besar, dijamin mengenyangkan!

Smoked Salmon Bruschetta di Oliva Cafe
Smoked Salmon Bruschetta di Oliva Cafe

MENU

1. Australian Striploin Steak

Di samping saiz yang besar, isinya juga lembut dan juicy, setiap suapan menjanjikan kenikmatan yang tak terhingga! Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dengan kualiti dan saiznya. Min yakin korang pasti akan berpuas hati!

Australian Striploin Steak
Australian Striploin Steak

2. Half Chicken with Lemon & Thyme

Half Chicken with Lemon & Thyme adalah hidangan yang popular di Oliva Cafe yang dihidangkan dari setengah ayam panggang dengan rasa segar lemon dan thyme yang memberikan aroma dan rasa yang sangat lazat pada hidangan ini. Hidangan ini disajikan dengan beberapa pilihan sampingan seperti french fries, kentang goreng, atau nasi putih.

Half Chicken with Lemon & Thyme
Half Chicken with Lemon & Thyme

3. Smoked Duck Aglio Olio

Smoked Duck Aglio Olio di Oliva Cafe memiliki rasa yang sangat unik tetapi agak sedikit pedas. Mi spaghetti pada hidangan ini disajikan al dente dan dilengkapi dengan rempah-rempah yang memberikan rasa yang menaikkan selera. Potongan smoked duck pada hidangan ini sangat lembut dan juicy sangat korang! Ini menu favourite min so korang pun kena cuba okay!

Smoked Duck Aglio Olio

4. Angus Beef Striploin Steak

Stik bahagian striploin yang dimasak mengikut citarasa selera pelanggan untuk memberi kepuasan sepenuhnya. Daging ini dihidangkan bersama mashed potato, chimicuri, rosemary gravy, garnish agar melengkapkan lagi hidangan yang premium ini. Stik yang digunakan amat berkualiti tinggi memberikan stik yang sangat juicy serta lembut dimulut korang semua. Makan stik ini pasti korang akan mengidam lagi stik yang setaraf hotel 5 bintang ini. Sedapnyaaaa!

Angus Beef Striploin Steak

Kafe ini sentiasa ramai dengan pelanggan, terutamanya pada jam 8 malam ke atas. Rata-rata pengunjungnya pula terdiri daripada pelbagai golongan remaja, dewasa dan warga emas pun ada. Layanan di Olive Cafe Terengganu dianggap sangat baik dan ramah. Staf di sini sangat profesional dan selalu siap membantu pelanggan dengan ramah dan sabar.

Jadi, jangan lupa untuk singgah di Oliva Café dan merasai keenakan makanan western dengan portion besar yang pastinya akan membuatkan anda termimpi-mimpi untuk kembali lagi ke sini.

Oliva Cafe
Oliva Cafe

📍Oliva Cafe
1102-d, Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Ladang Padang Cicar, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu.

🗺️Google Maps : https://goo.gl/maps/CUX9TinAAdRN2g6D6
☎️Phone : 096604108
📱Facebook : https://www.facebook.com/olivacafetrg
📱Instagram : https://www.instagram.com/olivacafe/?hl=en