Sekarang ramai rakyat Malaysia yang sudah amalkan hidup gaya sihat dengan memakan makanan vegan. Vegan adalah diet jenis menyingkirkan segala produk yang berasal daripada haiwan seperti daging, organ, telur, tenusu, lemak, stok, madu, kolagen, gelatin dan sebagainya. Disebabkan oleh negara kita yang semakin maju telah wujudnya sebuah restoran fast food yang menyediakan menu vegan untuk mereka yang mengamalkan diet tersebut. Nama restoran itu adalah Rightside dan sebelum ini nama mereka adalah Amazon Vegan.
Restoran Rightside adalah restoran fast food pertama yang menghidangkan seluruh menu vegan. Restoran mereka juga sangat selesa dan luas. Harga setiap menu juga sangat berpatutan. Mereka memiliki pelbagai jenis menu seperti smashed burger, tacos, burrito, ice cream, milkshakes dan banyak lagi. Korang kalau nak cuba rasa plant-based meat boleh datang ke Rightside. Rasa dia sangat sedap dan lebih kurang rasa macam daging yang betul.
Ramai yang telah support restoran vegan ni tau. Korang nak tengok video review boleh tengok disini. Sejak zaman makin kehadapan ni sayuran pun boleh diinovasikan menajdi bentuk daging tau. Jadi tak ada lah orang yang mengamalkan diet vegan bosan dengan menu harian mereka. Sebenarnya sekarang banyak restoran yang ada menu vegan-friendly dan salah satunya adalah restoran yang min share ni. Nak tahu boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/food-review/kafe-kleptokrat-vintage-dan-vegan-friendly-dengan-portion-banyak/
Menu Rightside
1. Double Smash Burger (RM14.90)
Burger keju double smash berasaskan tumbuhan dibuat dengan satu-satunya kambing berasaskan tumbuhan di pasaran, dan rasanya seperti yang sebenar.
2. Tacos Double (RM17.90)
Tacos double ni disumbat dengan daging berasaskan tumbuhan cincang yang lazat dan dihiasi dengan guacamole sebenar. Kesempurnaan rangup di luar, kelazatan berair di dalam.
3. Philly Cheesesteak (RM21.90)
Philly Cheesesteak adalah steak lembut bersama cheese yang cair dan diletakkan bawang karamel. Bahan itu diletakkan di roti hoagie mentega vegan panggang.
Restoran fast food vegan yang berasaskan tumbuhan pertama di Malaysia. Korang dah boleh serbu untuk rasa keenakan menu mereka yang hanya diperbuat dari tumbuhan tapi boleh sama rasa dengan daging sebenar. Mereka memiliki dua outlet sahaja buat masa ini. Satu di Mont Kiara dan Sri Petaling. Di outlet Mont Kiara mereka buka setiap hari manakala di Sri Petaling mereka buka setiap hari kecuali hari Isnin. Jemput hadir bersama keluarga dan kawan-kawan korang !
Location
📍Rightside Mont Kiara
UNIT GF-02, 163, Retail Park, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
🗺 Google maps : https://goo.gl/maps/s2e88e2aRVFzRCSG7
📱 Instagram : https://www.instagram.com/rightside.my/
📱 Facebook : https://www.facebook.com/rightside.my
📱 TikTok : https://www.tiktok.com/@rightside.my