Selalu min kongsi restoran yang menghidangkan makanan western, makanan tradisi masyarakat melayu, chinese food , dan dessert. Tapi kali ni min nak kongsikan makanan dari negara Kemboja@Cambodia. Korang tahu tak makanan orang kemboja ni pun best-best dan sedap tau. Rasa makanan mereka agak berlainan dengan rasa makanan thai. Haa ni min nak share restoran makanan Kemboja yang terletak di Melaka iaitu Restoran Cambodia Sup Enterprise.
Restoran Cambodia Sup Enterprise ni sentiasa ramai orang sebab makanan mereka murah dan sedap. Kuew Tiao Sup Champa mereka sangat popular tau. Korang kalau datang sini kena cuba sup champa dan popia daging mereka. Itu menu best seller di Restoran Cambodia Sup Enterprise. Orang melaka yang nak cuba makanan kemboja boleh datang sini min yakin korang akan repeat banyak kali.
Min nak kongsikan video review dari pelanggan yang dah datang ke Restoran Cambodia Sup Enterprise. Min pasti lepas korang tengok video ni mesti korang akan singgah makan di sana. Korang nak cari makanan menarik lagi di Melaka boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/food-review/melantak-steak-hub-antara-restoran-popular-di-melaka/
Menu Restoran Cambodia Sup Enterprise
1. Kuew Tiao Sup Champa (RM7.00)
Menu best seller di Restoran Cambodia Sup Enterprise. Rasa Sup Champa ni light je tau jadi korang boleh tambah perasa yang mereka sediakan di meja. Tapi rasa dia sangat refreshing tau dan rasa sup dia lain dengan rasa masakan thai.
2. Popia Daging (RM1.00/pc)
Haa kalau popia daging ni pula memang cepat habis. Min sarankan korang datang awal kalau nak rasa popia daging ni. Inti dalam popia ni ada daging dan suhun sesuai makan dengan sos yang mereka sediakan. Sedap sangat weh !
3. Ban Chiau (RM6.00)
Ban chiau ni memang lain dari yang lain. Rupa dia macam lempeng yang ada inti tauge dan daging. Mereka sediakan dengan sos homemade. Makan ban chiau dengan sos mereka sedap sangat.
Best kan makan orang kemboja. Kita jarang nampak makanan mereka jadi korang orang melaka atau korang yang nak bercuti ke Melaka datang lah singgah. Min pasti korang akan datang lagi makan di Restoran Cambodia Sup Enterprise. Mereka buka setiap hari kecuali hari Selasa bermula jam 7.30 pagi hingga 3 petang. Jemput datang bawa family dan kawan-kawan korang datang makan dekat sini.
Location
📍Restoran Cambodia Sup Enterprise
Restoran Cambodia Sup Enterprise, 75260 Melaka
🗺 Google maps: https://goo.gl/maps/rY35ALbUKaJYq5k98
📲 Facebook: https://www.facebook.com/cambodiasup/