Korang tengah cari tempat makan ala-ala bbq di korea. Min ada jumpa satu port best punya dekat Johor Bahru. Restoran ni memang macam dekat korea tau ada vibes Itaewon Class gitu. Nama restoran ni adalah K-Town Korean BBQ. Apa yang bestnya makan dekat sini korang ada peluang untuk grill sendiri daging yang korang order tu. Perapan daging mereka memang sedap weh dan ada juga wagyu tau.
Interior design K-Town Korean BBQ ni memang ada vibes macam dalam drama Itaewon Class. Tempat dia sangat cantik dan sesuai sangat kalau korang nak makan sambil bergambar. Kawasan makan mereka juga luas tau boleh ajak satu family makan dekat sini. Mereka bukan je ada menu untuk grill tapi mereka juga ada sediakan menu korean street food tau. Memang sedap-sedap semua makanan dekat sini dan portion pun besar puas makan. Nak lagi berbaloi boleh ambil menu buffet dengan harga RM79.00 (weekday) / Rm89.00 (weekend). Memang banyak makanan korang akan dapat tau.
Korang boleh tengok video review ni mereka order buffet memang penuh satu meja tau. Korang kalau tengah mencari lagi port makan best di Johor Bahru boleh baca artikel ni.
https://purpledurian.my/makan/restoran-yang-memiliki-lebih-150-menu-terletak-di-johor-bahru-biar-betul/
Menu K-Town Korean BBQ
1. Seafood Pancake
Kalau peminat K-drama mesti selalu tengok orang korea makan pancake kan. Haa mereka ada dua menu pancake iaitu kimchi pancake dan seafood pancake.
2. Beef Yakiniku-Marinated
Ini adalah salah satu menu grill yang selalu di order oleh pelanggan sebab perapan daging ni memang sedap dan dagingnya juga sangat lembut.
3. Kimchi Fried Rice
Kimchi fried rice juga salah satu makanan kegemaran peminat k-drama sebab rasa masam-masam pedas kimchi tu memang serasi makan bersama rumpai laut. Portion juga sangat besar boleh makan 2 orang.
Untuk menu bbq grill sebenarnya mereka sediakan lebih 10 menu untuk korang pilih dan grill sendiri. Semuanya sedap dan daging yang mereka sediakan juga berkualiti dan lembut. Kalau korang teringin nak makan makanan korea boleh datang ke K-Town Korean BBQ. Kebanyakkan makanan mereka ada juga menyelitkan rasa dari Malaysia seperti ayam percik korea. Orang Johor boleh datang ke K-Town Korean BBQ yang buka setiap hari bermula jam 12 tengah hari sehingga 10 malam. Ajak sekali kawan-kawan korang yang suka tengok K-drama tu.
Location
📍 K-Town Korean BBQ Holiday Villa JB
GF 3, GF 4, GF 5 Menara Malpakat, 260, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abab, 80250 Johor Bahru, Johor
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/S6uUPCf4xLK19piA8
📲 Instagram: https://www.instagram.com/ktown.bbq/?hl=en
📲 Facebook: https://www.facebook.com/ktown.johor/?locale=ms_MY
📲 TikTok: https://www.tiktok.com/@ktown.bbq