30 Hari 30 Resepi Khairulaming – Soya Ais Campur

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi Khairulaming – Soya Ais Campur

Hi korang ! Agak-agak apa menu dessert yang Khairulaming share pada puasa ke-5 ni. Dessert dia adalah Soya Ais Campur guys ! Dengar pun rasa seronok je nak buat apatah lagi kalau dapat makan masa panas-panas ni kan. Dessert ni cuma perlukan 5 bahan je korang, senang sangat kan? Apa lagi jom kita tengok apa resepi dan bahan-bahannya.

Soya ais campur

Wah ! Meriahnya mangkuk dalam gambar tu. Kering tekak min tengok bulan-bulan puasa ni cabaran betul. Apapun jangan tengok lama-lama jom kita buat sekarang !

Bahan-bahan:

Cara-cara:

tuang soya

1. Mula-mula tuangkan air soya ke dalam 4 bekas kecil dan masukkan ke dalam freezer selama 3-4 jam. Jangan terlalu lama kerana kita cuma nak air soya tu jadi ais dalam 80% sahaja tau.

blend

2. Setelah 3-4 jam keluarkan air soya tadi dalam blend sehingga ais nya agak hancur. Agak-agak nampak macam ice blended tu boleh tuangkan ke mangkuk/cawan/jag.

potong cincau

3. Kemudian, boleh lah kita sediakan topping dia. Kali ni Khairulaming gunakan cincau, buah laici dan juga nata de coco. Jangan lupa potongkan cincau ke bentuk yang lebih kecil.

tuang susu cair

4. Selepas itu, susunkan topping tadi di atas ais soya yang kita blend tadi dan tambahkan juga sikit susu cair. Haa.. dah siap dan boleh dihidangkan.

Senangkan nak buat soya ais campur ni. Ada 5 bahan je senang pula tu korang nak cari dekat pasaraya atau kedai runcit pun ada. Tapi kalau korang tak nak topping cincau dan nata de coco tu boleh tukar dengan benda lain tau. Contohnya, Khairulaming juga ada buat topping untuk buah-buahan sahaja macam ni.

soya ais campur buah

Beliau guna buah naga, mangga dan juga laici sebagai topping. Kemudian, tuangkan susu cair dan siap. Rasanya lebih kepasa manis buah-buahan je memang sesuai untuk kita nak makan semasa berbuka puasa. Korang boleh cuba dan kongsi dengan family, kalau korang nak tengok video resepi soya ais campur Khairulaming ni boleh klik sini.

Selamat mencuba dan selamat berpuasa semua !