30 Hari 30 Resepi Khairulaming – Sagu Mangga

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:7 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi Khairulaming – Sagu Mangga

Hi korang! Kembali lagi kita dengan 30 hari 30 resepi dari Khairulaming. Agak-agak apa pula makanan sempena puasa ke-10 ni kan. Kali ni Khairulaming bawakan resepi dessert untuk kita semua tau. Sedap weh dessert kali ni iaitu sagu mangga. Haa.. sape sini suka mangga ni dessert wajib untuk korang cuba. Tapi Khairulaming bawakan 2 version untuk buat dessert ni, satu sagu mangga yang pekat dan satu lagi sagu mangga yang cair. Nak tahu? Jom baca sampai habis.

sagu mangga

Sagu mangga pekat atau sagu mangga cair agak-agak mana satu pilihan korang? Jom cuba buat dessert ni!

Bahan-bahan (Sagu mangga cair)

Cara-cara:

potong mangga

1. Mula-mula kupas dan potongkan 1 biji mangga pastikan mangga korang tu manis tau kalau masam nanti dessert korang pun masam.

blend mangga

2. Kemudian, sediakan blender dan masukkan 1 biji mangga yang dipotong tadi dan masukkan juga 3 sudu susu pekat manis serta 3 sudu santan.

blendkan mangga

3. Blend kan bahan tadi sehingga smooth dan pekat.

rebus sagu mangga

4. Lepas itu, rebuskan 1 cawan sagu dan tunggu sehingga sagu nampak jernih maknanya sagu dah masak. Ambil sagu gunakan penapis dan basuh sedikit dengan air.

gaul mangga dan sagu

5. Letakkan sagu di dalam mangkuk dan tuangkan mangga yang kita blend tadi ke dalam mangkuk serta tambahkan secubit garam. Kacau mangga dan sagu sehingga sebati, masukkan dalam peti sejuk dalam beberapa jam.

letakkan susu cair

6. Setelah beberapa jam sediakan cawan atau bekas kecil. Potongkan 1 biji mangga untuk dimasukkan dalam bekas kecil. Mula-mula masukkan sagu dahulu ke dalam bekas dan layerkan dengan potongan mangga. Ulang step sehingga bekas penuh dan tuangkan sedikit susu cair. Sagu Mangga yang creamy dah pun siap.

Bahan-bahan (Sagu mangga yang cair)

  • 2-3 biji buah mangga
  • Sagu putih
  • Nata de coco (Nata de coco boleh cari disini –> https://shope.ee/99sNqldnPu)
  • 2 tin susu cair
  • 4-5 sudu susu pekat manis
  • Secubit garam
  • Ais

Cara-cara:

letak mangga
  1. Mula-mula sediakan 1 mangkuk besar dan masukkan ais ke dalam mangkuk. Potongkan 2-3 biji buah mangga dan masukkan ke dalam mangkuk itu.
letak koko de nata

2. Masukkan juga sagu putih yang telah masak dan masukkan nata de coco ke dalam mangkuk.

letak susu cair

3. Tuangkan 2 tin susu cair ke dalam mangkuk dan tambahkan 4-5 sudu susu pekat manis. Kemanisan dia korang boleh adjust nanti kalau nak manis tambah lagu susu pekat manis dan tambahkan secubit garam.

dah siap

4. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati dan siap lah untuk dihidang. Ini lebih kepada rasa koktail jadi memang sedap sangat kalau kongsi dengan family.

Sedapnya korang menu sagu mangga ni. Min yang taip artikel ni pun terliur tengok sagu mangga yang Khairulaming buat ni. Nampak refreshing je bila dia buat sebab min ni peminat mangga jadi min memang suka resepi yang macam ini. Korang yang tak tahu nak buat dessert apa untuk moreh atau tak tahu nak minum apa masa berbuka nanti cuba la buat sagu mangga. Rasa dia memang terbaik weh ! Korang kalau nak tengok video resepi sagu mangga dari Khairulaming boleh tengok disini. Selamat mencuba semua !