30 Hari 30 Resepi Khairulaming – Daging Harimau Menangis

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi Khairulaming – Daging Harimau Menangis

Sempena puasa ke-5 Khairulaming telah kongsikan lagi resepi baru tau korang. Tapi kalau tak silap min beliau pernah share resepi ni tapi lama dah. Ingat lagi bila viral pasal daging harimau menangis ni semua orang pakat beli dan nak buat kat rumah termasuk lah min sekali. Tapi kali ni Khairulaming dah share kan resepi simple je cara nak buat daging harimau menangis dan sos thai. Jom baca sampai habis !

daging harimau menangis

Teringin nak makan daging tapi tak tahu nak masak apa? Boleh cuba resepi Khairulaming ni Daging Harimau Menangis dengan sos thai sekali. Jum cuba !

Bahan-bahan Sos Thai:

  • 3 ulas bawang putih
  • 8 biji cili padi hijau
  • 3 sudu gula
  • 1 sudu sos ikan
  • 2 biji limau nipis
  • 1 genggam daun ketumbar

Cara-cara:

sos thai

1. Tumbukkan 3 ulas bawang putih dan 8 bijji cili padi hijau.
2. Tambahkan 3 sudu gula, 1 sudu sos ikan, dan tambah 2 biji perahan limau nipis. Tambah juga segenggam daun ketumbar dan kacau hingga sebati.

Bahan-bahan Daging Harimau Menangis:

potong daging

1. Sediakan daging dan hiriskan daging nipis-nipis jangan tebal sangat takut nanti liat.

perapan

2. Kemudian, letakkan daging dalam satu bekas untuk perap. Bagi perapan korang letakkan 2 sudu sos tiram, 1 sudu sos ikan, 1 sudu brown sugar dan tambahkan juga sedikit black pepper. Boleh la gaul daging dan bahan perapan sehingga sebati.

goreng daging

3. Dah siap perap boleh lah gorengkan daging dalam pan atau kuali. Korang boleh letak minyak sikit untuk gorengkan. Dekat sini kalau korang nak daging tu medium well boleh keluarkan awal sikit dan kalau nak garing boleh goreng sampai garing ya.

dah siap

4. Dah siap boleh lah dihidangkan di atas salad dan letak sikit sos thai atas daging atau makan berasingan pun boleh.

Haa.. senang je kan resepi kali ni. Mudah, simple dan cepat. Ini kalau ada 15 minit untuk masak berbuka memang sesuai la resepi ni. Korang jangan lupa untuk cuba resepi ni sebab min boleh kata sos thai Khairulaming paling terbaik sebab sedap sangat weh. Siapa pernah cuba mesti tahu kan. Kalau korang nak tengok video resepi Khairulaming yang lebih jelas boleh klik sini.

Selamat mencuba guys !

Leave a Reply