Wah tahu-tahu dah puasa ke-11 dah sekarang ni. Macam mana korang punya puasa semua okay ke? Korang puasa kali ni banyak beli dekat bazaar atau masak sendiri. Kalau min hari-hari min masak tengok resepi dari Khairulaming. Maklumlah Khairulaming kan ada 30 resepi setiap hari sepanjang bulan ramadhan ni jadi senang lah kerja min tengok je resepi dia terus beli bahan dan masak. Kalau korang nak tahu puasa ke-11 ni Khairulaming cuba buat makanan western pula tapi version thai sikit sebab nama menu tu adalah Creamy Tomyam Pasta.
Creamy tomyam pasta macam best je kan dengar dan tengok visual dia pun nampak menyelerakan. Apa tunggu lagi jom kita masak !
Bahan-bahan:
- Spaghetti (Nak tukar jenis lain boleh tengok disini –> https://shope.ee/VaPgE4Gv2)
- 1 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 sudu pes tomyam (Pes tomyam thai rasa asli –> https://shope.ee/3pqreXQjee)
- ½ cawan fresh milk
- ½ cawan cooking cream (Tak ada cooking cream beli disini –> https://shope.ee/4pjOqRCNMJ)
- 2-3 helai daun limau purut
- 2 biji cili padi merah
- Sedikit kiub pati ayam
- Udang
- Chilli flakes
- Baby tomato
- Air
- Garam
- Gula
Cara-cara:
1. Mula-mula didihkan air di dalam periuk dan tambahkan sedikit garam. Rebuskan spaghetti dalam ayam yang mendidih tadi sehingga masak. Lepas dah masak boleh angkat dan toskan airnya.
2. Kemudian, tumiskan 1 biji bawang merah dan 5 ulas bawang putih yang telah dicincangkan. Gaulkan sehingga naik bau dan masukkan pula udang, kacau lagi sehingga udang agak masak.
3. Tambahkan pula 1 sudu pes tomyam, pes ni korang boleh guna apa-apa brand kesukaan korang dan kacaukan sehingga sebati.
4. Tambahkan juga ½ cawan fresh milk dan ½ cawan cooking cream sebab nak bagi dia creamy kan.
5. Masukkan juga bahan lain seperti 2-3 helai daun limau purut yang dibuang batangnya dan masukkan 2 biji cili padi merah yang sudah dipotong serta tambahkan juga sedikit kiub pati ayam dan kacaukan.
6. Masukkan juga ½ sudu kecil gula untuk balance kan rasa masin dalam pasta. Kacaukan semuanya sehingga sebati dan tunggu ia mendidih. .
7. Akhir sekali, masukkan spaghetti yang kita rebus tadi ke dalam kuah creamy tomyam. Nak lagi best taburkan sedikit chilli flakes dan tambahkan beberapa biji baby tomato.
8. Kacaukan sedikit selepas letak baby tomato dan bolehlah matikan api. Creamy tomyam pasta sedia untuk dihidangkan.
Best lah resepi kali ni dari Khairulaming. Walaupun makanan western masih boleh jadikan resepi ni kena dengan tekak orang malaysia kan. Nampak dia punya creamy itu memang menggoda betul. Terliur min dibuatnya jadi resepi ni korang wajib try tau sebab menu ni tak ada tau di kedai makan thai yang korang selalu pergi. Cuba masak sendiri baru tahu rasa dia terangkat atau tak kan. Kalau korang nak tengok video resepi creamy tomyam pasta dari Khairulaming boleh tengok disini. Selamat mencuba semua dan selamat berpuasa !