30 Hari 30 Resepi dah masuk hari ke-8 tau korang maknanya dah lapan hari juga kita berpuasa. Pelbagai resepi jenis resepi yang dikongsikan oleh Khairulaming. Bermula dari lauk pauk sampai lah ke dessert dan minuman kan. First day puasa je menu air berbuka Khairulaming dah jadi kegilaan semua orang. Sampai habis air teh bunga dekat pasaraya. Apapun masih banyak hari lagi untuk kita tunggu resepi dari Khairulaming dan hari ni min nak sharekan 2 resepi Khairulaming iaitu Ayam Phat Phet Thai dan Sirap Lemon Selasih.
Hari ini jom kita masak ayam phat phet thai dan sirap lemon selasih. Sedap ni makan dengan nasi panas. Jom kita try !
Ayam Phat Phet Thai
Bahan-bahan:
- ½ ekor ayam
- Garam
- ½ sudu serbuk kunyit (Serbuk kunyit habis cari disini –> https://shope.ee/7f3a3FBlR6
- Minyak masak
- 3 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- Halia sebesar ibu jari
- Kunyit hidup sebesar ibu jari
- Air
- 2 batang serai
- 5 biji cili padi
- 3 helai daun limau purut
- 1 sudu sos ikan (Sos ikan paling best –> https://shope.ee/6Urcf1mxF3
- Air asam jawa
- Gula
- Serbuk perasa
- Baby corn
- Kacang panjang
Cara-cara:
1. Mula-mula sediakan ½ ekor ayam dan letak garam secukup rasa beserta ½ sudu serbuk kunyit. Gaulkan semuanya hingga sebati.
2. Gorengkan ayam yang telah di salur kunyit tadi sehingga masak dan garing. Asingkan dahulu ayam goreng tu sebab kita nak buat tumisan dia pula.
3. Sediakan 3 biji bawang saiz besar, 5 ulas bawang putih, halia sebesar ibu jari, kunyit hidup sebesar ibu jari dan tambahkan air. Blend kan ke semua bahan itu.
4. Kemudian, sediakan minyak untuk tumis bahan yang diblender tadi. Minyak dah panas boleh tuangkan bahan yang diblender dan kacaukan sedikit. Tambahkan serai dan tumis sehingga pecah minyak. Tambahkan pula cili padi yang sudah dicincang dan kacau.
5. Masukkan pula 3 helai daun limau purut siap buangkan batang di tengah daun sebab tak nak nanti masakan rasa pahit. Tambahkan pula sos ikan, air asam jawa sikit, dan perasa kan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau hingga sebati.
6. Kemudian, bolehlah masukkan ayam yang kita goreng tadi dan gaulkan sehingga rata. Tambahkan sedikit baby corn dan kacang panjang. Gaul sehingga masak dan sebati semua bahan.
7. Dah siap. Kalau nak kering tak perlu tambahkan air tapi kalau nak ada macam kuah sikit boleh tambahkan air. Itu sahaja boleh masukkan dalam pinggan untuk dihidang.
Sirap Lemon Selasih
Bahan-bahan:
- Air kosong
- Ais
- Sirap ros
- Lemon
- Air gula
- Biji selasih (Tukar kepada chia seeds pun boleh –> https://shope.ee/6KYCSu5DGM)
Cara-cara:
1. Mula-mula sediakan ais di dalam jag dan tuangkan air kosong ke dalam jag hingga sedikit penuh. Tuangkan pula sirap ros.
2. Kemudian, perahkan ½ biji lemon dan tambahkan lemon slice ke dalam air tersebut dan gaulkan sehingga sebati.
3. Tambahkan biji selasih yang telah direndam dan masukkan air gula. Korang boleh adjust rasa gula tu ya dan gaul sehingga sebati.
4. Dah siap boleh hidangkan dan minum masa berbuka puasa nanti memang rasa dia fresh. Sesuai sangat dengan menu ayam phat phet thai yang kita buat tadi.
Macam mana korang menu hari ni best kan, walaupun sedikit susah bagi orang yang baru nak cuba masak jangan risau korang boleh juga tengok video resepi Khairulaming ni disini. Ini untuk memudahkan korang faham dan kepada yang suka masak tapi tak tahu nak masak apa boleh try resepi ni sedap sangat weh. Makan dengan nasi panas memang terangkat tambah pula dengan sirap lemon selasih lagi la sedap. Selamat mencuba dan selamat berpuasa semua !