30 Hari 30 Resepi dah masuk hari ke-16 tau korang sedar tak sedar dah lebih 2 minggu kita berpuasa kan. Banyak juga resepi yang dah dikongsikan oleh Khairul Aming. Sepanjang 30 Hari 30 Resepi ni berlangsung macam-macam gelagat netizen yang kongsikan masakan mereka jadi dan ada juga yang tidak jadi. Apapun jangan putus asa boleh cuba lagi. Hari ni min nak kongsikan lagi resepi special dari Khairul Aming iaitu Tom Kha Gai. Selalu korang tahu tom yam je kan kali ni kita bawakan Tom Kha Gai yang rasa dia pekat dan creamy.
Selalu dengar Tom Yam kali ni Khairul Aming kongsikan resepi Tom Kha Gai pula. Jom kita cuba masak !
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah
- Halia sebesar ibu jari
- Lengkuas sebesar ibu jari
- 3 batang serai
- 500ml air
- 2 kotak kecil santan Saji (Dapatkan santan Saji disini –> https://shope.ee/5zvMGlSbp2)
- 2 sudu gula
- Garam
- 2 helai daun limau purut
- 4 sudu sos ikan (Dapatkan sos ikan thai disini –> https://shope.ee/9p84q0r64O)
- Serbuk perasa
- 6 biji cili padi merah
- 1 paket cendawan enoki
- 2 biji limau nipis (Guna lemon juice pun boleh –> https://shope.ee/AUNldMl7ZZ)
- Daun ketumbar
- Chilli oil (optional)
Cara-cara:
1. Mula-mula tumiskan 3 ulas bawang putih yang diketuk dan 1 biji bawang merah yang telah dihiris. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan satu ekor ayam dan gaul seketika. Masukkan pula halia sebesar ibu jari, lengkuas sebesar ibu jari, dan 3 batang serai. Gaul hingga rata.
3. Kemudian, tambahkan 500ml air dan kacau lagi.
4. Selepas tambah air masukkan juga 2 kotak kecil santan Saji. Tambahkan juga 2 sudu gula, dan sedikit garam.
5. Tambahkan juga 2 helai daun limau purut yang telah dibuang batangnya, sedikit serbuk perasa, dan masukkan 4 sudu sos ikan. Gaul sehingga rasanya sebati.
6. Lepas itu, nak bagi dia pedas tambahkan 6 biji cili padi merah yang sudah diketuk. Dekat sini korang boleh adjust pedas dia kalau nak pedas boleh tambah lagi cili dan kalau nak kurang pedas boleh kurangkan cili.
7. Tunggu sehingga mendidih boleh masukkan 1 paket cendawan enoki dan gaulkan sehingga ia masak. Kemudian, matikan api dan tambah 2 biji perahan limau nipis nak bagi dia masam sedikit.
8. Step ini optional dimana korang boleh tambahkan daun ketumbar dan chilli oil. Tom Kha Gai dah pun siap dan boleh dihidang.
Macam mana korang rasa resepi kali ni susah ke senang? Bagi min korang boleh je cuba untuk masak sebab asik masak Tom Yam je kan mesti dah boring. Boleh cuba masak Tom Kha Gai ni sebab bahan dia pun tak susah nak cari semuanya ada di pasaraya kan. Rasa dia pun lebih kurang macam Tom Yam tapi rasa dia lebih strong, pekat dan creamy. Kalau korang nak tengok video resepi Tom Kha Gai dari Khairul Aming ni boleh klik disini. Selamat mencuba semua !