Resepi puasa ke-19 memang special sangat weh. Khairul Aming telah kongsikan resepi ayam yang boleh buat kita makan banyak. Resepi kali ni adalah Salted Egg Chicken. Resepi ni memang favourite min sebab min suka salted egg@telur masin. Min dulu pernah cuba resepi dari Khairul Aming iaitu salted egg pasta memang sedap sangat weh. Resepi kali ni memang min kena try masak dan korang pun kena try sekali tau sebab memang sedap sangat. Jom baca artikel sampai habis !
Resepi hari ni Khairul Aming masak dua version salted egg iaitu ayam dan sotong. Pilih yang mana korang suka dan jom masak !
Bahan-bahan:
- Ayam bahagian thigh
- Sotong
- Tepung bestari original (nak pedas guna tepung bestari pedas –> https://shope.ee/7A7Ky2BVVx)
- Tepung bestari telur masin@salted egg (nak mudah beli disini –> https://shope.ee/30Hm0TgkcL)
- Minyak masak
- Susu pekat manis
- 2 sudu mentega
- 5 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah
- 2 tangkai daun kari
- ½ cawan susu cair
- 4 biji cili padi
- 1 biji telur
Cara-cara:
1. Mula-mula kita sediakan bahan untuk menggoreng ayam. Sediakan satu mangkuk tepung bestari original. Masukkan ayam dan salutkan ayam dengan tepung bestari. Tak perlu tambah garam sebab tepung dah cukup rasa.
2. Gorengkan ayam yang dah disalut tepung dalam minyak panas. Goreng hingga masak dan kecoklatan.
3. Dah masak boleh angkat ayam dan ketepikan dulu.
4. Sediakan satu pan/kuali dan masukkan 2 sudu mentega. Mentega dah cair tumiskan 5 ulas bawang putih dan 1 biji bawang merah yang telah potong halus.
5. Masukkan juga 2 tangkai daun kari dan kacau sehingga naik bau.
6. Kemudian, tuangkan ½ cawan susu cair dan 4 biji cili padi yang dah dipotong kecil-kecil. Kacau hingga rata.
7. Masukkan pula 2 sudu tepung bestari telur masin dan gaulkan sehingga pekat.
8. Dah pekat masukkan sedikit susu pekat manis sebab kita nak bagi dia cukup rasa masin dan manis. Jangan lupa gaulkan hingga sebati.
9. Dah siap sos salted egg boleh masukkan ayam yang kita goreng tadi dan gaulkan sehingga sos betul-betul kena ke semua ayam.
10. Dah rata siap lah kita punya salted egg chicken yang sedap dan tak muak.
11. Tapi kalau korang rasa tak nak guna ayam, nak guna sotong pun boleh caranya sama sahaja cuma masa nak goreng sotong kena letak 1 biji telur barulah salut dengan tepung bestari original sebab nak bagi tepung tu melekat dekat sotong.
12. Kemudian, masak sos salted egg dan gaulkan sotong goreng dengan sos tersebut macam dalam gambar.
Haa.. korang senang ke susah nak buat salted egg chicken ni. Mudah je kan resepi yang simple tapi boleh hasilkan rasa yang sangat sedap. Apa yang penting korang kena ada tepung bestari telur masin untuk mudahkan korang memasak. Sebenarnya korang kalau tak nak guna ayam korang boleh tukar apa saja yang korang suka macam sotong, udang, ikan, lala dan lain-lain. Korang kalau nak tengok video resepi salted egg chicken dari Khairul Aming boleh klik sini. Selamat mencuba semua !